Filipina disenarai program USDA

MANILA – Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengumumkan Filipina disenaraikan sebagai antara tujuh ‘negara keutamaan’ bagi program bantuan makanan antarabangsa baharu AS.

Menerusi USDA, Manila menyertai Bangladesh, Bolivia, Ecuador, Maghribi, Sri Lanka dan Thailand

Program dilaksanakan Perkhidmatan Pertanian Luar Negara (FAS) USDA itu membabitkan kerjasama dengan organisasi berkelayakan melalui perjanjian kerjasama untuk menjalankan projek berasaskan lapangan yang menyokong pembangunan pertanian, ekonomi dan infrastruktur sambil menggalakkan perdagangan AS.

Bagi tahun fiskal 2026, program itu dijangka memperuntukkan hingga AS$226 juta dalam perjanjian baharu bagi projek lima tahun yang bernilai antara AS$28 juta hingga AS$35 juta setiap satu.

Sebahagian besar projek berkenaan dibiayai melalui penjualan komoditi pertanian AS dalam pasaran negara tuan rumah.

Related posts

Leave a Comment