KUALA LUMPUR 5 April – Menjelang pukul 8 malam ini (5 April) mereka yang menempah pakej umrah atau melancong bersama Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) masih berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah Proton Saga MC3.
Mudah sahaja untuk menyertai cabutan bertuah ini, hanya dengan membuat tempahan minimum RM5,000 seorang sebelum pukul 8 malam ini sudah melayakkan diri cabutan khas sempena MATTA Fair April 2026 yang sedang berlangsung.
Anda boleh mengunjungi rerurai Andalusia MATTA Fair di tingkat 2 – 2AP35 atau di tingkat 3 – 3D13 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
Di samping itu bagi yang tidak berpeluang mengunjungi MATTA Fair di MITEC boleh juga membuat tempahan di semua pejabat cawangan Andalusia seluruh negara atau mendaftar secara atas talian.
Sempena MATTA Fair ini, Andalusia juga menawarkan diskaun pakej umrah antara RM100 hingga RM500, manakala pakej pelancongan pula menikmati potongan harga RM50 hingga RM200 sepanjang pameran berlangsung.
Selain itu, Andalusia turut membuka tempahan awal bagi musim baharu umrah 1448H membabitkan penerbangan bermula Jun 2026 hingga Syawal atau Mac 2027.
Langkah ini memberi ruang kepada bakal jemaah merancang perjalanan dengan lebih teratur termasuk dari segi kewangan, cuti dan persediaan sebelum berlepas.
Nnn
