JOHOR BAHRU 5 April – Penganjur Konvensyen Keadilan Johor terpaksa menghentikan siaran langsung susulan pertelingkahan melibatkan Naib Presiden PKR, R Ramanan yang sedang berucap di atas pentas dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang berada di dalam dewan sebagai peserta. Pertelingkahan itu bermula apabila Hassan bangun mencelah bagi membantah ucapan Ramanan ketika itu yang dianggapnya sebagai menyasarkan individu tertentu, iaitu bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. “Ini adalah konvensyen, bukan tempat untuk menyerang individu,” kata Hassan yang kelihatan kesal sambil diperhatikan oleh perwakilan. Susulan pertikaman lidah itu penganjur terpaksa menghentikan…
Read MoreDay: April 5, 2026
Hamzah belum sertai mana-mana parti PN
KOTA BHARU 5 April – Perikatan Nasional (PN) masih belum menerima sebarang permohonan daripada Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin untuk menyertai gabungan itu, kata Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan. “Setakat yang kami tahu, beliau tidak berada dalam mana-mana parti. Sehingga hari ini, tiada petunjuk beliau telah menyertai mana-mana parti dalam PN. Sesiapa yang mahu berada dalam PN mestilah berada dalam salah satu daripada empat parti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas menambah, setakat ini tiada sebarang permohonan daripada Hamzah untuk menyertai parti itu. PN…
Read MorePM diminta guna ‘bahasa elok’
MUAR 5 April – Timbalan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, menegur Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bahasa elok dan tidak perlu melabelkan orang lain dengan kata-kata tidak sesuai. Beliau membuat teguran itu selepas Anwar melabelkan semua parti politik termasuk pihak kerajaan sebagai bebal susulan kritikan usaha kerajaan mengatasi kesan langsung ekonomi berhubung peningkatan harga minyak susulan krisis tenaga akibat konflik Asia Barat. “Gunalah bahasa elok-elok. Tak payah nak melabelkan orang lain dengan kata-kata tidak sesuai,” katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh dan Dewan Undangan Negeri (DUN), Bukit Kepong, di…
Read MoreRafizi terus didesak undur, PKR digesa bertindak
SEPANG 5 April – Ketika Rafizi Ramli mempertahankan kritikan terbukanya bukan mahu melemahkan parti, kalangan pimpinan negeri terus menggesa PKR mengambil tindakan terhadap bekas Timbalan Presiden itu yang didakwa membawa lebih banyak ‘kerosakan’. Terkini, Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, A.Kumaresan menyifatkan Ahli Parlimen Pandan itu hipokrit dan dilihat merosakkan parti dari dalam yang memerlukan tindakan tegas demi maruah PKR dan mengembalikan keyakinan rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban itu, berkata Rafizi perlu berundur, tidak boleh terus berada dalam parti sambil merosakkan dari dalam. “PKR adalah parti yang berkhidmat…
Read MoreTempah sebelum 8 malam ini
KUALA LUMPUR 5 April – Menjelang pukul 8 malam ini (5 April) mereka yang menempah pakej umrah atau melancong bersama Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) masih berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah Proton Saga MC3. Mudah sahaja untuk menyertai cabutan bertuah ini, hanya dengan membuat tempahan minimum RM5,000 seorang sebelum pukul 8 malam ini sudah melayakkan diri cabutan khas sempena MATTA Fair April 2026 yang sedang berlangsung. Anda boleh mengunjungi rerurai Andalusia MATTA Fair di tingkat 2 – 2AP35 atau di tingkat 3 – 3D13 di Malaysia International Trade…
Read MoreBerita pilihan…
Risiko pencemaran radioaktif rentas sempadan
TEHRAN – Serangan berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap loji nuklear Iran boleh mengakibatkan risiko pencemaran radioaktif rentas sempadan, tegas Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi. Beliau memberi amaran itu meerusi surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, Araqchi serta ahli Majlis Keselamatan PBB untuk tindakan lanjut. Perkembangan terbaru ini menyusul selepas serangan keempat berhampiran loji Bushehr, semalam yang menurut Iran meningkatkan lagi risiko kebocoran radiasi dan ancaman kepada keselamatan serantau. Katanya, beberapa fasiliti nuklear Iran termasuk Loji Janakuasa Nuklear Bushehr yang digunakan untuk tujuan aman dan…
Read MoreIran tolak ancaman Trump
TEHRAN – Ancaman Donald Trump untuk memusnahkan infrastruktur penting Iran jika gagal menerima perjanjian damai dalam tempoh 48 jam disifatkan satu tindakan yang menunjukkan lemah, gementar, tidak stabil serta tidak bijak. Jeneral Ali Abdollahi Aliabadi dalam kenyataan daripada Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya berkata, markas tentera Iran menolak ancaman Presiden Amerika Syarikat itu, dan membalas kenyataan Trump “maksud mudah mesej ini adalah pintu neraka akan terbuka buat kamu (AS)”. Trump semalam berkata, Tehran mempunyai 48 jam untuk memeterai perjanjian atau berhadapan dengan serangan yang dahsyat. Ancaman terbaru Trump itu dibuat…
Read More