Pemimpin baharu Iran ‘dalam keadaan baik’

WASHINGTON – Di sebalik dakwaan bahawa pemimpin agung baharu republik Islam Iran, mengalami kecederaan, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi semalam mengatakan, Mojtaba Khamenei ‘dalam keadaan baik’.

Araghchi memberitahu Ayman Mohyeldin dari MS NOW ‘semua berjalan seperti biasa’ dengan pemimpin agung baharu itu.

“Beliau (Mojtaba) menghantar mesejnya semalam dan akan melaksanakan tugasnya,” katanya merujuk dakwaan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Pete Hegseth bahawa Presiden Iran cedera.

Jumaat lalu, Pete Hegseth berkata beliau percaya Mojtaba yang mengambil alih kuasa selepas bapanya terbunuh dalam satu serangan pada awal perang AS-Israel terhadap Iran, ‘cedera dan berkemungkinan mengalami kecacatan’.

Pegawai Iran sebelum ini mengesahkan laporan pemimpin baharu itu cedera, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Mojtaba, 56, tidak kelihatan di khalayak sejak serangan udara yang mengorbankan bapanya yang juga pemimpin agung sebelum ini, Ayatollah Ali Khamenei serta beberapa ahli keluarga rapatnya.

Bagaimanapun pada Khamis, beliau mengeluarkan satu kenyataan bertulis yang menyatakan isteri, kakak, anak kepada kakaknya serta abang iparnya terbunuh.

Beliau turut berikrar akan membalas kematian itu sejak bermulanya perang dengan AS dan Israel.

Beliau turut menekankan potensi Iran untuk mencetuskan kekacauan di seluruh rantau itu dengan mengekang bekalan minyak serta menggunakan sekutu atau proksi serantau.

Related posts

Leave a Comment