Rafizi diberi tempoh jawab isu keluar parti

KOTA BHARU 27 Feb. – Ahli Parlimen Pandan,  Rafizi Ramli sudah diberi tempoh lima hari untuk memberikan penjelasan rasmi berhubung hasrat sebenarnya. untuk menjawab isu dia dilaporkan mengisytiharkan keluar parti. Setiausaha Agung PKR,  Dr Fuziah Salleh, berkata surat berkenaan sudah dikeluarkan pada 23 Februari lalu dan bekas Timbalan Presiden PKR itu diberi tempoh masa sehingga esok untuk memberikan penjelasan. Beliau berkata, kenyataan mengenai kemungkinan bekas Menteri Ekonomi itu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) serta bayangan untuk keluar parti boleh menimbulkan persepsi bahawa sudah wujud hasrat untuk meninggalkan parti.…

Read More

Hasil laporan siasat Azam minggu depan

PUTRAJAYA 27 Feb .  – Laporan hasil siasatan Jawatankuasa Khas bagi isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, hampir selesai dan akan diserah minggu depan. Jurucakap kerajaan yang juga Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata hasil laporan itu nanti, Jemaah Menteri akan menimbang langkah selanjutnya termasuk keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). “Berhubung isu dakwaan salah guna institusi SPRM bagi tujuan manfaat korporat, laporan polis sudah dibuat dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan segera untuk mengenal pasti mana-mana pihak yang melanggar undang-undang untuk…

Read More

SPRM kesan empat anak Daim

PUTRAJAYA 27 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat anak Allahyarham Dr Daim Zainuddin bagi membantu siasatan kes yang dijalankan. Anak bekas Menteri Kewangan itu ialah Asnida Abdul Daim, Md Wira Dani Abdul Daim, Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim. Menurut kenyataan SPRM, alamat terakhir Asnida ialah di Country Heights, Kajang dan maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Siasatan, Mohamad Daeem Mohd Ali (017-9127217). Alamat terakhir Md Wira Dani adalah di No. 333, Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Ulu Klang dan maklumat mengenainya boleh disalurkan…

Read More

Kabinet bincang RCI berkaitan SPRM

KAJANG 27 – Satu kenyataan akan dikeluarkan berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki. Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim, berkata, kerajaan  sudah mengadakan perbincangan mengenai RCI itu. “Kita dah bincang elok tadi, nanti ada kenyataan (akan dikeluarkan),” katanya selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Bandar Kajang, di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dan Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Kajang, David Cheong Kian Young. Sebelum ini, Setiausaha Agung…

Read More

Agong dinasihatkan berehat

KUALA LUMPUR 27 Feb.  – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) di bahagian belakang serta pinggul yang dihadapi baginda. Istana Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan, susulan. Itu, Seri Paduka Baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara yang berlangsung kelmarin. Selain itu, Istana Negara turut memaklumkan majlis perasmian Masjid…

Read More

Gubal undang-undang tegas hukum hina al-Quran

SEPANG 27 Feb. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa kerajaan menggubal segera satu Akta khas bagi memastikan hukuman mandatori dikenakan terhadap pesalah yang menghina al-Quran. Ketua Penerangannya Shahrulufti Sharif  berkata, sebagai langkah pencegahan dan pengajaran yang keras, hukuman mandatori yang dicadangkan adalah 20 kali sebatan dan penjara seumur hidup. “Putra  mengecam sekeras-kerasnya mana-mana pihak yang berani menghina al-Quran dengan tindakan biadab seperti memijak, membakar atau membuang kitab suci itu ke dalam longkang, parit, paya mahupun sungai. Perbuatan ini adalah penghinaan melampau terhadap agama Islam dan tidak boleh dibiarkan sama…

Read More

Presiden WEF letak jawaran

GENEVA – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Forum Ekonomi Dunia (WEF), Borge Brende, mengumumkan peletakan jawatannya selepas siasatan bebas mengenai interaksinya dengan mendiang Jeffrey Epstein selesai dijalankan.  Siasatan itu tidak menemui isu baharu selain apa yang telah didedahkan sebelum ini. WEF sebelum ini melancarkan semakan dalaman susulan pembongkaran dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan Brende menghadiri beberapa majlis makan malam dengan Epstein serta berhubung melalui emel dan pesanan ringkas antara 2018 dan 2019. Sebelum ini Brende mengakui pertemuan tersebut tetapi menegaskan beliau tidak mengetahui latar jenayah Epstein pada…

Read More

Kadar kesuburan Singapura turun

SINGAPURA – Kadar kesuburan keseluruhan (TFR) Singapura menurun secara mendadak kepada paras terendah baharu 0.87 pada 2025 berbanding 0.97 pada 2024, dan 1.24 sedekad lepas, kata Timbalan Perdana Menteri, Gan Kim Yong. Beliau berkata berdasarkan data awal, Singapura menyambut kelahiran sekitar 27,500 bayi dalam kalangan penduduk Singapura pada 2025, merupakan angka paling rendah pernah dirakam dalam sejarah. Katanya, TFR 0.87 bermakna setiap 100 penduduk kini diunjurkan hanya mempunyai 44 anak dan 19 cucu untuk generasi ketiga. “Kadar perkahwinan telah turun dan mereka yang sudah berkahwin mempunyai bilangan anak lebih rendah…

Read More