PUTRAJAYA 27 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat anak Allahyarham Dr Daim Zainuddin bagi membantu siasatan kes yang dijalankan.
Anak bekas Menteri Kewangan itu ialah Asnida Abdul Daim, Md Wira Dani Abdul Daim, Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim.
Menurut kenyataan SPRM, alamat terakhir Asnida ialah di Country Heights, Kajang dan maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Siasatan, Mohamad Daeem Mohd Ali (017-9127217).
Alamat terakhir Md Wira Dani adalah di No. 333, Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Ulu Klang dan maklumat mengenainya boleh disalurkan kepada Pegawai Siasatan, Ahmad Aiman Ramly (011-61930814).
Muhammed Amir Zainuddin pula beralamat terakhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dan maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Siasatan, Muhamad Ridhwan Mat Hussain (019-9895174).
SPRM turut mengesan Muhammed Amin Zainuddin beralamat terakhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dan maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Siasatan, Hardiansyah Ismail (013-5639147).
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat yang disenaraikan atau menghantar e-mel ke alamat rasmi SPRM yang berkaitan.
“SPRM meminta kerjasama masyarakat untuk membantu melancarkan proses siasatan,” menurut kenyataan itu.
