Tidak dipecat, Rafizi terima surat tunjuk sebab

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengesahkan menerima surat tunjuk sebab daripada PKR atas alasan beliau telah mengisytihar keluar parti menerusi satu kenyataan baru-baru ini. Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata,, ia berkait dengan kenyataannya yang bercadang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) tetapi bukan atas tiket PKR. Jelasnya, selagi beliau tidak menghantar surat keluar parti, atau tidak mengisytiharkan telah menyertai parti lain, maka beliau kekal sebagai anggota PKR dan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh memecatnya dari Parlimen. “Itu (tanding PRU-16 bukan atas tiket…

Read More

Tangguh pemilihan UMNO hadapi PRN, PRU16

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Keanggotaan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan terus kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) apabila pemilihan yang dijadualkan tahun ini ditangguhkan kepada tarikh tidak boleh melebihi enam bulan selepas PRU16. Penangguhan itu bagi memberi tumpuan penuh kepada persiapan jentera parti menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan PRU-16. Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata keputusan sebulat suara itu dicapai dalam Mesyuarat MKT UMNO hari ini selaras dengan peruntukan Perlembagaan UMNO di bawah Fasal 10.16, Fasal 10.16.1 dan Fasal 10.16.2. “Ini bagi memastikan…

Read More

Hamzah masih kekal Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Kedudukan Hamzah Zainudin setakat petang ini masih kekal sebagai Ketua Pembangkang, dengan tempat duduk Ahli Parlimen Bersatu yang dipecat parti itu juga tidak berubah. Perkara itu disahkan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan, selepas mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat, Dr Johari Abdul, pagi tadi. Beliau juga mengesahkan tidak menerima sebarang pemberitahuan daripada Ahli Parlimen blok pembangkang untuk melakukan sebarang perubahan kedudukan. “Saya jumpa dengan Speaker jam 11 pagi tadi. Bila bincang saya rujuk kenyataan dia (Johari). Setakat ini, Hamzah masih Ketua Pembangkang. Jadi…

Read More

RUU had tempoh PM bercanggah Perlembagaan?

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Blok pembangkang mencadangkan kerajaan tidak meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) pemisahan kuasa Peguam Negara serta RUU berkaitan had tempoh jawatan Perdana Menteri. Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya mengesyorkan kedua-dua draf akta itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen terlebih dahulu dan membuat pindaan yang sewajarnya, “Pembangkang mengharapkan RUU ini dirujuk semula kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Kalau boleh ditarik daripada dibentangkan untuk bacaan kali kedua Isnin ini, ” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. Setiausaha…

Read More

Jangan merendahkan maruah agama atas nama ‘taaruf’

KENYATAAN DEWAN ULAMAK PAS PUSAT DEWAN Ulamak Pas Pusat (DUPP) menzahirkan rasa kesal dan bantahan keras terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, yang mencadangkan pendekatan “mengajar” berbanding “menghukum” terhadap pelaku yang secara terang-terangan menghina kesucian Al-Quran dengan memuat naik gambar memijak kitab suci tersebut. 2. DUPP menegaskan bahawa YB Menteri telah terkhilaf dalam memberikan pendapat. Pendekatan yang terlalu lunak terhadap penghina agama adalah satu tindakan yang menjauh daripada manhaj yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat RA. Walaupun Islam itu…

Read More

India berkongsi kesedihan Israel

BAITULMUQADDIS – Perdana Menteri, Narendra Modi menegaskan India berdiri ‘teguh’ dalam sokongan terhadap Israel dan berkongsi kesedihan serta dukacita susulan serangan Hamas pada 7 Oktober 2023. Modi memberitahu Ahli Parlimen di Baitulmaqdis, semalam dalam lawatan dua harinya yang bertujuan memperdalam hubungan perdagangan dan pertahanan, yang mencetuskan kritikan di dalam negara. Modi juga mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam lawatan dua hari yang bertujuan memperdalam hubungan perdagangan dan pertahanan, yang mencetuskan kritikan di dalam negara. “Saya… membawa ucapan takziah yang mendalam daripada rakyat India untuk setiap nyawa yang…

Read More

129 wartawan terbunuh tahun lalu

WASHINGTON – Seramai 129 wartawan dan pekerja media dilaporkan terbunuh di seluruh dunia sepanjang tahun lalu, dengan angka korban tertinggi direkodkan akibat serangan tentera Israel. Menurut laporan tahunan Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), jumlah Jumlah kematian itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding 99 kes yang direkodkan pada tahun 2024. Ia sekali gus menjadikan 2025 sebagai antara tahun paling berdarah dalam sejarah moden bagi profesion kewartawanan. Laporan badan pemantau yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu mendedahkan, sekurang-kurangnya 110 daripada mangsa yang terkorban adalah warga Palestin yang terbunuh dalam konflik di Semenanjung Gaza.…

Read More