129 wartawan terbunuh tahun lalu

WASHINGTON – Seramai 129 wartawan dan pekerja media dilaporkan terbunuh di seluruh dunia sepanjang tahun lalu, dengan angka korban tertinggi direkodkan akibat serangan tentera Israel.

Menurut laporan tahunan Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), jumlah

Jumlah kematian itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding 99 kes yang direkodkan pada tahun 2024.

Ia sekali gus menjadikan 2025 sebagai antara tahun paling berdarah dalam sejarah moden bagi profesion kewartawanan.

Laporan badan pemantau yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu mendedahkan, sekurang-kurangnya 110 daripada mangsa yang terkorban adalah warga Palestin yang terbunuh dalam konflik di Semenanjung Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif CPJ, Jodie Ginsberg, menegaskan kematian pengamal media itu bukan sekadar tragedi kemanusiaan, malah adalah serangan langsung terhadap kebebasan maklumat di zon konflik termasuk di Lubnan, Ukraine, dan Sudan.

Israel walaupun menafikan tindakan menyasarkan wartawan secara sengaja, CPJ mendesak supaya siasatan bebas dilakukan memandangkan ramai mangsa terbunuh ketika memakai pengenalan diri ‘PRESS’ yang jelas semasa bertugas.

Related posts

Leave a Comment