AJK Bersatu Raub, Lipis keluar parti

RAUB 21 Feb. – Kepemimpinan dan ahli jawatankuasa (AJK) Bersatu bahagian Raub dan Lipis keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk kepemimpinan. Ketua Bersatu Raub, Fakrunizam Ibrahim, berkata tindakan itu diputuskan selepas menilai pelbagai isu disifatkan bercanggah dengan prinsip perjuangan mereka. Katanya, parti politik sekadar platform tetapi prinsip perjuangan dan nilai moral mesti kekal konsisten. “Kami tidak mahu mengulangi kesilapan kepimpinan terdahulu dalam beberapa parti lain seperti UMNO, PKR, Amanah dan Pas,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini. Fakrunizam berkata, terdapat isu moral membabitkan pimpinan tertinggi Bersatu dan…

Read More

Pasukan khas susun semula bahagian terjejas

SEPANG 21 Feb. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas bagi menyusun semula bahagian-bahagian dan sayap parti yang terbabit dengan peletakan jawatan ketua dan ahli jawatankuasanya. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dalam kenyataan hari ini berkata, pasukan itu akan dipengerusikan bersama oleh dua Naib Presiden iaitu Dr Radzi Jidin dan Ahmad Faizal Azumu. Katanya, Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali pula akan bertindak sebagai sekretariat Pasukan Petugas Khas manakala ketua-ketua Badan Pimpinan Negeri diarahkan untuk mengenal pasti bahagian-bahagian yang terbabit. “Penyusunan semula bahagian-bahagian ini akan melibatkan pemangkuan…

Read More

1,000 jemaah sertai iftar Masjid Andalusia

KOTA BHARU 21 Feb. – Seperti dua tahun lalu, Masjid Imanul Fa’izin atau dikenali sebagai Masjid Andalusia di Jalan Pasir Puteh, Kampung Padang Kala, terus menyantuni jemaah dengan mengadakan majlis berbuka puasa ala Makkah dan Madinah. Tahun ini sepanjang bulan Ramadan, pihak masjid menyediakan pelbagai menu tradisi Kelantan dengan anggaran kehadiran 1,000 orang jemaah sama ada masyarakat tempatan atau orang luar yang singgah di situ. Menurut pengasas dan pemilik masjid, Ibrahim Mat Sin, pengunjung akan menikmati jamuan berbuka di dataran masjid, seperti pengalaman berbuka di dataran Masjidilharam atau dataran Masjid…

Read More

Cadang singkir bekas Putera Andrew

LONDON – Kerajaan Britain sedang mempertimbangkan untuk membentangkan rang undang-undang menyingkirkan bekas Putera Andrew daripada senarai pewarisan takhta diraja sekaligus menghalang Andrew Mountbatten-Windsor, gelaran rasminya sekarang, daripada menjadi raja. Langkah itu susulan kekecohan awam selepas beliau ditahan berikutan pendedahan baharu berkaitan pesalah seks Amerika Syarikat (AS) yang disabitkan kesalahan, Jeffrey Epstein. Ahli politik UK menyuarakan bantahan terhadap bekas Putera Andrew selepas beliau ditahan pada Khamis lalu, atas syak wasangka salah laku dalam jawatan awam susulan pendedahan terbaharu dalam dokumen yang dikeluarkan di AS berkaitan Epstein, yang meninggal dunia dalam sel…

Read More

Menteri Israel masuk kawasan masjid Al-Aqsa

BAITULMUQADDIS – Menteri Hal Ehwal Keselamatan Israel berhaluan kanan, Itamar Ben-Gvir dilaporkan memasuki kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa, semalam ketika solat Jumaat pertama Ramadan. Berdasarkan rakaman yang dikongsi di media sosial, beliau tiba melalui Pintu Maghribi dengan diiringi Pesuruhjaya Polis Israel, Daniel Levy serta Komander Polis Daerah Baitulmuqaddis, Avshalom Peled. Menurut laporan agensi berita Palestin, Wafa, Ben-Gvir kelihatan membuat kenyataan berunsur provokasi yang ditujukan kepada rakyat Palestin di hadapan pegawai polis Israel. Pintu Maghribi yang terletak berhampiran Tembok Al-Buraq, adalah antara pintu utama ke Masjid Al-Aqsa di bawah kawalan Israel sejak…

Read More