KOTA BHARU 17 Feb. – Menjelang Ramadan beberapa hari lagi, seramai 1,100 golongan asnaf di daerah Melor dekat sini menerima sumbangan zakat daripada Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. (Andalusia) dan Masjid Imanul Fa’izin. Berbanding tahun sebelumnya, tahun ini mereka menerima barangan keperluan asas bernilai kira-kira RM150 termasuk beras, minyak masak dan susu Yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM200,000. Menurut Timbalan Pengerusi Masjid Imanul Fa’izin, Dr. Abdul Fatah Yaso, ini kali ketiga sumbangan zakat itu disampaikan kepada asnaf yang kali ini melibatkan 11 mukim sekitar daerah Melor di mana pemilihan dibuat…
Read MoreDay: February 16, 2026
Bersatu tidak ada masa depan
SEPANG 16 Feb. – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan yang dipecat daripada Bersatu mendakwa bahawa parti sudah tidak ada masa depan di bawah kepemimpinan Muhyiddin Yassin. Dalam kenyataannya, bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu berkata, Bersatu sudah lari jauh dari agenda rakyat, kepada hanya memperjuang agenda dan cita-cita peribadi. “Bersatu sudah tidak ada masa depan kerana Tan Sri Muhyiddin merelakan diri untuk dipengaruhi dan dikuasai (Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali (Setiausaha Agung Bersatu). Ini menyebabkan Bersatu lari jauh dari agenda rakyat,” katanya. Beliau menyatakan demikian…
Read MoreBerita pilihan…
20,000 tunggu dapat rawatan
GAZA CITY – Lebih 20,000 rakyat Palestin yang sakit dan cedera di Semenanjung Gaza sedang menunggu untuk ke luar negara bagi mendapatkan rawatan ketika Israel terus mengendalikan lintasan sempadan Rafah dengan Mesir di bawah sekatan ketat. Israel membuka semula bahagian Palestin di lintasan Rafah pada 2 Februari lalu selepas mendudukinya sejak Mei 2024, namun di bawah syarat yang amat ketat. Ramai mangsa cedera memerlukan prosedur pembedahan lanjutan yang tidak tersedia di dalam Gaza berikutan sekatan dan serangan berulang terhadap sistem penjagaan kesihatan, tambahnya. Walaupun Israel mengumumkan pembukaan semula lintasan itu,…
Read MoreDiplomat Timor Leste diarah tinggalkan Myanmar
PHNOM PENH – Myanmar mengarahkan Charge d’Affaires Timor-Leste di Yangon, Elisio do Rosario, meninggalkan negara itu dalam tempoh seminggu selepas menuduh beliau mencampuri urusan dalaman Myanmar. Kementerian Luar Myanmar memaklumkan bahawa diplomat tersebut telah dipanggil pada 13 Februari dan diarahkan keluar selewat-lewatnya 20 Februari, selaras dengan Artikel 9 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik. Timor-Leste baru sahaja diterima masuk sebagai anggota ke-11 ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur. Menurut kenyataan kementerian, tindakan Timor-Leste menerima wakil Chin Human Rights Organisation (CHRO), yang mengemukakan aduan jenayah terhadap anggota tentera Myanmar di…
Read More