Pendidik Jerman tuntut kenaikan gaji

KIRA-KIRA 12,000 guru dan pendidik sama ada di peringkat sekolah dan universiti melancarkan mogok di seluruh Jerman pada Khamis bagi menuntut kenaikan gaji yang ketara. Menurut kesatuan guru GEW, guru sekolah, pensyarah universiti serta pekerja lain dalam sektor pendidikan turun ke jalan raya di lima bandar utama termasuk Berlin. Kesatuan itu menuntut kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus, dengan kenaikan minimum EUR300 (US$358) sebulan, bagi guru dan pekerja pendidikan lain yang bekerja di bawah kerajaan negeri persekutuan Jerman. Menurut GEW, seramai 3,500 pekerja menyertai protes di Berlin, manakala 3,000 lagi berhimpun…

Read More

9.5 juta penduduk Sudan tinggalkan kediaman

DIANGGARKAN, kira-kira 9.5 juta orang penduduk di Sudan terpaksa meninggalkan kediaman mereka di 18 negeri akibat hampir tiga tahun konflik berterusan Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata, Sudan kini berdepan krisis kehilangan tempat tinggal terbesar di dunia. Kanak-kanak Sudan khususnya menanggung kesan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing akibat keganasan, kehilangan tempat tinggal, penyakit serta kebuluran yang meluas. Agensi itu berkata, ia terus beroperasi di lapangan bersama rakan pelaksana bagi menyediakan perkhidmatan menyelamatkan nyawa kepada kanak-kanak dan keluarga yang terjejas, termasuk penjagaan kesihatan dan pemakanan, akses kepada air bersih,…

Read More

Pelancong ke India diminta berjaga-jaga

NEW DELHI 29 Jan. – Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menggesa rakyat Malaysia yang melancong ke India dan mereka yang menetap di negara itu mengambil langkah berjaga-jaga terhadap jangkitan virus Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya itu menasihatkan mereka yang melawat kawasan yang mempunyai laporan kes virus Nipah supaya memakai pelitup muka di tempat awam bagi mengurangkan pendedahan kepada titisan cecair. Mereka juga dinasihatkan mengelakkan kawasan sesak jika boleh, mengekalkan kebersihan diri yang ketat, termasuk kerap mencuci tangan, dan mengelakkan makan buah-buahan yang tidak dibasuh atau makanan yang mungkin terdedah kepada…

Read More

Nasi kandar Warisan Negeri Pulau Pinang

TANJONG 29 Jan. – Sepuluh makanan tradisional dan enam item warisan kebudayaan tidak ketara Pulau Pinang diisytiharkan sebagai Warisan Negeri selepas kesemua pencalonan melalui proses saringan dan penilaian terperinci oleh Jawatankuasa Pakar Warisan Kebudayaan Tidak Ketara (Sosiobudaya). Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata Warta Perisytiharan Negeri itu diluluskan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pada 10 Disember 2025. Beliau berkata 10 makanan tradisional yang diangkat sebagai warisan negeri ialah nasi kandar, pasembor, char kuekak, oh chien, kerabu bihun, mi Hokkien, mi udang, mi sotong, mi Jawa dan roti Benggali. Kon…

Read More

“Dokumen bercakap lebih kuat daripada kata-kata”

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan mengesahkan ketulenan dokumen yang bocor membabitkan bekas Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin serta beberapa pemimpin lain dalam gabungan itu. Beliau yang kecewa dengan kebocoran itu, berkata surat-menyurat berkenaan sepatutnya kekal sebagai urusan peribadi dan sulit. “Surat-surat yang sepatutnya surat peribadi daripada seorang presiden parti kepada tiga presiden parti lain dan daripada seorang presiden parti kepada tiga yang lain, yang sepatutnya sangat sulit dan peribadi, akhirnya menjadi terbuka kepada umum. “Jadi, apa yang kita panggil ini… dokumen bercakap lebih…

Read More

Lebih 53 peratus pendeposit punyai simpanan kurang RM1,300

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Lebih 53 peratus daripada 9.7 juta pendeposit di Lembaga Tabung Haji (TH) mempunyai simpanan kurang RM1,300 manakala purata pendeposit didapati tidak membuat simpanan secara konsisten bagi persiapan haji. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli, berkata, susulan itu, ia menuntut pelaksanaan langkah strategik yang lebih tersusun, sistematik dan mampan. Berdasarkan data TH, katanya antara faktor utama penangguhan tawaran haji sebelum ini adalah simpanan tidak mencukupi, selain masalah kesihatan, urusan peribadi serta faktor lain. “Purata pendeposit juga didapati tidak membuat simpanan secara…

Read More

SPR daftar 44,042 pemilih Disember 2025

PUTRAJAYA 29 Jan. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), merekodkan 44,042 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu dalam tempoh 1 hingga 31 Disember 2025. Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 40,482 nama yang didaftarkan dalam tempoh 1 hingga 30 November lalu. Rekod sebelum ini menunjukkan 40,911 didaftarkan sepanjang Oktober, 42,305 (September); 55,047 (Ogos); 42,464 (Julai); 40,510 (Jun); 35,583 (Mei); 32,566 (April); 39,241 (Mac); 34,889 (Februari) dan Januari 2025 sebanyak 37,683 orang. Sementara itu, semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2025 (DPT BLN12/2025)…

Read More