“Dokumen bercakap lebih kuat daripada kata-kata”

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan mengesahkan ketulenan dokumen yang bocor membabitkan bekas Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin serta beberapa pemimpin lain dalam gabungan itu.

Beliau yang kecewa dengan kebocoran itu, berkata surat-menyurat berkenaan sepatutnya kekal sebagai urusan peribadi dan sulit.

“Surat-surat yang sepatutnya surat peribadi daripada seorang presiden parti kepada tiga presiden parti lain dan daripada seorang presiden parti kepada tiga yang lain, yang sepatutnya sangat sulit dan peribadi, akhirnya menjadi terbuka kepada umum.

“Jadi, apa yang kita panggil ini… dokumen bercakap lebih kuat daripada kata-kata (documents speaks louder than words),” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Setiausaha Agung Pas itu, menjelaskan Muhyiddin sudah meletak jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari lalu seperti dinyatakan dalam surat rasmi dan kenyataan media pada 30 Disember 2025.

Turut meletak jawatan adalah Setiausaha Agung PN, Mohamed Azmin Ali.

Susulan itu, Presiden Pas (Tan Sri Hadi Awang) membalas surat itu pada 31 Disember, menghargai jasa bakti Muhyiddin dan menghormati keputusannya.

Menurut Takiyuddin Perlembagaan PN membenarkan mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi (MT) diadakan apabila separuh daripada parti yang menganggotaunya membuat permohonan.

“Jadi apabila dua parti (Gerakan dan Pas) meminta mesyuarat luar biasa, maka sudah cukuplah separuh.Maka dalam tempoh 14 hari Setiausaha Agung perlu memanggil mesyuarat ini.

Kalau Setiausaha Agung tidak ada (susulan peletakan jawatan Mohamed Azmin) dan yang ada Timbalan Setiausaha Agung,” katanya

Berdasarkan perlembagaan PN, Takiyuddin berkata berdasarkan Perlembagaan PN, beliau pada 23 Januari selaku Timbalan Setiausaha Agung mengeluarkan satu surat memanggil mesyuarat luar biasa MT PN dengan tiga agenda utama.

“Tiga agenda utama itu iaitu melantik pengerusi mesyuarat daripada kalangan Timbalan Pengerusi PN, meneliti dan meluluskan peletakan jawatan Pengerusi PN serta memilih Pengerusi PN yang baharu tertakluk kepada kelulusan peletakan jawatan,” katanya.

Ahli mesyuarat dipanggil hanya membabitkan ahli-ahli MT yang sah seperti didaftarkan di pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Mereka yang tidak meletakkan jawatan ialah empat Timbalan Pengerusi PN iaitu Presiden Pas, Presiden Gerakan, Presiden MIPP dan Timbalan Presiden Bersatu yang menjadi Timbalan Pengerusi PN.

“Begitu juga Timbalan Setiausaha Agung disebabkan Setiausaha Agung tidak ada. Bendahari agung tak ada, tak dipanggil. Ketua Penerangan pun menarik diri meletakkan jawatan, jadi tak dipanggil.

“Ketua Pengarah Pilihan Raya, Ketua Wanita PN dan Ketua Pemuda PN dipanggil serta lapan orang wakil setiap parti. Pas dua orang, Bersatu dua orang, Gerakan dua orang, MIPP dua orang. Jumlahnya 16 orang,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment