Muhyiddin punca hubungan Pas-Bersatu rosak

SEPANG 31 Jan. – Hubungan Pas dan Bersatu yang didakwa rosak ketika ini adalah berpunca daripada tindakan Muhyiddin Yassin, ‘dipengaruhi’ kelompok kecil yang setia kepadanya, bukannya kehendak akar umbi kedua-dua parti.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu  Wan Saiful Wan Jan, mendakwa usaha mensabotaj ukhuwah dan memecah kesatuan oleh Muhyiddin tidak membayangkan sikap majoriti yang mahu hubungan Pas-Bersatu kekal utuh.

“”Saya berdoa rakan dalam Pas faham bahawa yang merosakkan hubungan Pas dan Bersatu hanyalah Muhyiddin seorang sahaja bersama kelompok kecil penjilatnya yang bergantung talian hayat kepadanya,”; katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata, dalam Bersatu,  tekanan untuk Muhyiddin melepaskan jawatan Presiden semakin vokal kedengaran dan ini membayangkan bahawa akar umbi mahu hubungan Pas-Bersatu kekal, malah diperkukuhkan lagi.

“Muhyiddin sudah tiada sokongan dalam Bersatu. Malahan yang menjawab bagi pihaknya hanyalah pegawai yang pernah dibayar gaji dan pemegang jawatan parti yang dia lantik.

Amat sedikit pemimpin yang dipilih ahli yang mempertahankan Muhyiddin. Malahan, Ketua-Ketua Bahagian Sabah, Perak, dan Johor pun dah ramai bersuara menolak Muhyiddin. Johor itu negeri Muhyiddin sendiri,” katanya.

Dalam konteks PN, Wan Saiful berkata krisis kepemimpinan yang dihadapi hari ini pada asasnya amat mudah untuk diselesaikan kerana majoriti besar bersetuju bahawa Pas amat layak menerajui PN.

“Majoriti yang besar bersetuju bahawa Pas amat layak menerajui PN. Maka jika Muhyiddin mahu permudahkan, terima sajalah sesiapa yang dicalonkan oleh Pas.

Tetapi Muhyiddin sengaja mahu menyusahkan dengan meletak syarat bahawa Pengerusi PN mesti Presiden parti. Kalau Presiden Pas kata beliau tak mahu, Muhyiddin nak lantik Punithan Paramsiven jadi Pengerusi PN?,” soal Wan Saiful.

Beliau juga yakin jika Muhyiddin mahu mengekalkan Bersatu sebagai pengerusi PN,  rakan-rakan PN bersedia pertimbangkan jika Bersatu mencalonkan Timbalan Presiden Hamzah Zainudin sebagai pengganti Pengerusi.

“Tapi sekali lagi, Muhyiddin sengaja menyusahkan dengan tidak mahu menamakan Hamzah, sebaliknya kem Muhyiddin mahu membunuh Hamzah. Saya tak boleh terima jika ada yang berhujah tiada orang yang lebih baik dari Muhyiddin,” katanyq.

Wan Saiful berkata, pemimpin yang baik akan berhempas pulas membentuk, mengangkat dan menyokong saf pelapis serta sentiasa menjaga hati supaya tidak bersikap merasakan diri sendiri paling terbaik

“Walaupun saya berbeza pandangan dengan Muhyiddin, saya tahu itu bukan sikapnya. Kita tidak boleh salahkan penganalisa dan rakyat luar apabila mereka mempunyai tanggapan negatif terhadap Muhyiddin.

Ini kerana puncanya ialah sikap Muhyiddin sendiri yang masih tergila-gila jawatan sehingga sanggup merosakkan parti sendiri.

Saya nyatakan semua ini tanpa menafikan jasa besar Muhyiddin sebelum ini. Pandangan saya hanya spesifik kepada isu krisis kepimpinan yang melanda hari ini, dengan tidak menafikan jasa dan sumbangan terlebih awal,” katanya.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment