Naim teruskan legasi Bung Moktar

KINABATANGAN 24 Jan. – Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan di kerusi Parlimen Kinabatangan pada pilihan raya kecil (PRK) hari ini selepas calonnya Mohd Kurniawan Naim Moktar, 32, menang dengan majoriti besar 14,214 undi. Naim meneruskan legasi bapanya, Allahyarham Bung Moktar Radin apabila memperoleh 19,852 undi mengalahkan pencabarnya Datuk Saddi Abdul Rahman, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau (5,638 undi) dan calon Bebas, Goldam Hamid (946 undi). Pengumuman keputusan rasmi dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dr Eddy Syaizul Rizam di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Lamag, di sini,…

Read More

MIHA kekalkan kerusi BN Lamag

KINABATANGAN 24 Jan. – Barisan Nasional (BN) menerusi calon, Mohd Ismai Ayob mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dengan majoriti 5,681 undi. Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dr Eddy Syaizul Rizam di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Lamag, di sini. Mohd Ismail yang berdepan saingan calon Parti Warisan, Mazliwati Abdul Malek memperoleh 7,269 undi berbanding Mazliwati sebanyak 1,588 undi. Mohd ismail atau lebih dikenali MIHA sebelum ini adalah calon Bebas untuk DUN Lamag dan beliau pesaing terkuat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN)…

Read More

CWC MIC bincang sertai PN secara rasmi

SHAH ALAM 24 Jan. – MIC akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan penyertaan rasmi parti itu ke dalam Perikatan Nasional (PN), kata Presidennya S A Vigneswaran. Beliau berkata walaupun PN sudah memberi lampu hijau kepada MIC untuk menyertai gabungan pembangkang itu, penyertaan perlu dilaksanakan mengikut proses rasmi. “Saya akan memanggil mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam masa terdekat bagi membincangkan butiran lanjut mengenai perkara ini dan merasmikan kerjasama antara MIC dan PN,” katanya kepada media selepas menghadiri sambutan Ponggal di sini hari ini. Vigneswaran berkata demikian kepada media selepas menghadiri…

Read More

Krisis kemanusiaan paling buruk sejak 1967

AGENSI Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) mendakwa Tebing Barat yang diduduki kini mengalami krisis kemanusiaan paling buruk sejak 1967, berikutan pemindahan paksa secara besar-besaran dan kemusnahan meluas di kem pelarian susulan operasi ketenteraan Israel. Dalam kenyataannya di platform X, Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini berkata seramai 33,000 penduduk kekal dipindahkan secara paksa dari kem pelarian di utara, setahun selepas Israel melancarkan operasi “Iron Wall”. “Pasukan tentera Israel telah merobohkan sebahagian besar kawasan di kem berkenaan, sekali gus mengurangkan peluang komuniti ini untuk pulih,” katanya. Lazzarini berkata, pasukan UNRWA…

Read More

Jam tangan bertema pusat konservasi

JACOB & CO, jenama jam tangan mewah antarabangsa, memperkenalkan model eksklusif baharu, Vantara yang bertemakan pusat konservasi hidupan liar milik keluarga bilionair terkenal India, Mukesh Ambani. Model berkenaan yang belum ditawarkan di pasaran dan harga rasmi juga masih belum didedahkan dianggarkan AS$1.5 juta (RM6 juta) turut memaparkan patung kecil Anant Ambani di bahagian tengah jam berkenaan. Rekaan jam itu turut menampilkan arca singa dan harimau Bengal yang diukir halus, ditempatkan mengelilingi patung kecil berkenaan seolah‑olah menonjolkan peranan Anant sebagai penjaga pusat konservasi tersebut. Model jam tangan super mewah ini berinspirasikan…

Read More