Akmal akur keputusan pimpinan

MELAKA 12 Jan. – Ketua Pemuda UMNO,  Dr Muhamad Akmal Saleh akan akur dengan keputusan dibuat Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh berhubung kedudukan jawatan yang disandangnya ketika ini. Katanya, ini kerana kedua-dua pihak terbabit sebelum ini memilih beliau bertanding Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dilantik sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka. “Insya-Allah, kita tunggulah… sebab apapun saya percaya, kuasa Ketua Menteri Melaka adalah kuasa beliau memilih saya sebagai Exco, maka saya perlu akur dan ikut apa yang diperkatakan.…

Read More

Ternak untuk keperluan Selangor sahaja

SHAH ALAM 12 Jan.  – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan tiga ketetapan berkaitan operasi penternakan babi di Selangor termasuk ternakan bukan untuk eksport, hanya untuk memenuhi keperluan di negeri ini sahaja. Baginda juga menitahkan tiada lagi operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat dan kerajaan negeri tidak akan menyediakan peruntukan atau pelaburan bagi mana-mana operasi penternakan babi pada masa hadapan. Tiga ketetapan itu dititahkan baginda ketika sesi menghadap Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian negeri,  Izham Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor,  Ng Suee Lim…

Read More

Sultan bantah aktiviti songsang LGBT

SHAH ALAM 12 Jan. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Mufti Selangor mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti yang membabitkan gaya hidup songsang, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri ini. Baginda menzahirkan tentangan dan bantahan keras terhadap sebarang aktiviti songsang LGBT yang dianjurkan dalam negeri Selangor termasuk penganjuran “Glamping with Pride” seperti diuar-uarkan akan diadakan pada 17 dan 18 Januari 2026 di Hulu Langat, Selangor yang dikaitkan dengan komuniti LGBT. Pengerusi MAIS,  Salehuddin Saidin dan Mufti Selangor, Dr Anhar Opir …

Read More

Pindah ladang babi ke Bukit Tagar tahun ini

SHAH ALAM 12 Jan . – Pemindahan ladang penternakan babi ke lokasi khas di kawasan Bukit Tagar, Hulu Selangor akan disegerakan tahun ini berbanding perancangan yang dijangka pada 2030, kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim Bagaimanapun katanya, langkah awal yang perlu diambil adalah penyelesaian isu tanah di Bukit Tagar termasuk status pemilikan tanah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan berkenaan. Katanya, pemindahan ladang babi dari Kuala Langat dengan Sepang, itu tidak menggunakan sumber kewangan daripada kerajaan negeri. “Kita akan cuba secepat mungkin untuk selesaikan isu…

Read More

Meta gesa Australia kaji semula larangan

SYDNEY – Meta telah menyekat lebih 544,000 akaun sehingga 11 Disember lalu, sejak Australia menguatkuasakan undang-undang baharu larangan penggunaan media sosial untuk individu bawah 16 tahun. Bagaimanapun Meta menggesa kerajaan Australia menilai semula larangan tersebut dengan mencari pendekatan lebih baik selepas menutup 331,000 akaun Instagram, 173,000 akaun Facebook dan 40,000 akaun Threads dalam tempoh seminggu. “Kami menyeru kerajaan bekerjasama dengan industri untuk meningkatkan standard keselamatan dan privasi dalam pengalaman digital yang sesuai umur, berbanding larangan menyeluruh,” kata syarikat itu. Australia mewajibkan platform besar termasuk Meta, TikTok dan YouTube menghentikan akses…

Read More

Iran sedia tindak balas ancaman AS

TEHRAN – Iran memberi amaran akan bertindak balas sekiranya Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan, ketika demonstrasi besar-besaran yang bermula akibat inflasi melambung tinggi di Tehran. Demontrasi yang mencabar tindakan keras pihak berkuasa itu menyaksikan ratusan penunjuk perasaan dilaporkan terbunuh, manakala ratusan lagi cedera dalam tempoh dua minggu protes diadakan. Protes kali ini disifatkan paling besar sejak kebangkitan “Wanita, Hidup, Kebebasan” pada 2022 susulan kematian Mahsa Amini ketika dalam tahanan polis moral di mana  pada ketika itu, lebih 550 orang terbunuh dan 20,000 ditahan. Tuntutan kini beralih kepada gesaan menamatkan pemerintahan…

Read More