Syria gantung penerbangan

SYRIA menggantung semua trafik udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo berikutan kebimbangan keselamatan susulan serangan terbaharu oleh organisasi YPG/SDF ke atas kawasan kejiranan di utara bandar itu.

Dalam kenyataan yang disiarkan Agensi Berita Arab Syria (SANA), Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam berkata lapangan terbang itu akan ditutup “sehingga notis selanjutnya” bagi memastikan keselamatan penumpang, kru penerbangan selain melindungi keselamatan operasi.

Pihak berkuasa menyifatkan keputusan itu sebagai langkah sementara dan berjaga-jaga, sementara menunggu penilaian teknikal dan keselamatan diselesaikan dengan penyelarasan pihak berkuasa berkaitan.

Menurut Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam, kemas kini rasmi akan dikeluarkan sebaik sahaja keputusan untuk menyambung semula penerbangan dibuat sambil menggesa pengembara untuk merujuk syarikat penerbangan masing-masing bagi maklumat terkini.

Sejak Selasa, SDF mengebom kawasan kejiranan, kemudahan awam dan kedudukan tentera Syria di Aleppo, mengorbankan 23 orang, mencederakan lebih 100 yang lain, serta mencetuskan pemindahan paksa kira-kira 165,000 penduduk di daerah Ashrafieh dan Sheikh Maqsoud.

Nnn

Related posts

Leave a Comment