Sekatan sementara akses AI Grok

PUTRAJAYA 11 Jan. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengarahkan sekatan sementara terhadap akses kepada kecerdasan buatan (AI) Grok bagi pengguna di Malaysia berkuat kuasa hari ini. Tindakan itu susulan penyalahgunaan Grok berulang kali untuk menjana kandungan lucah, seksual eksplisit serta kandungan tidak senonoh yang jelik, melampau serta imej manipulasi tanpa persetujuan termasuk kandungan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak. MCMC dalam kenyataan berkata, libat urus kawal selia telah dikeluarkan kepada X Corp. dan xAI LLC dan pihaknya telah mengeluarkan notis kepada kedua-dua pihak pada 3 dan 8 Januari lepas…

Read More

Tangguh perjalanan ke Iran

PUTRAJAYA  11 Jan. – Kementerian Luar menggesa rakyat Malaysia supaya menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke Iran buat sementara waktu susulan kekacauan yang semakin meluas di negara itu. Pada masa yang sama Wisma Putra juga menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau sedang mengembara di kawasan terjejas supaya sentiasa waspada dan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. “Rakyat Malaysia juga amat digalakkan untuk mendaftar kehadiran mereka dengan Kedutaan bagi memastikan komunikasi dapat dilakukan tepat pada masanya.” kata satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Wisma Putra juga mengesahkan bahawa…

Read More

Takiyuddin boleh panggil Mesyuarat MT PN

SEPANG 11 Jan. – Dalam ketiadaaan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) selepas peletakan jawatan Mohamed Azmin Ali dari Bersatu, tanggungjawab memanggil Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) kini menjadi tanggungjawab Pas. Ini kerana jawatan Penolong Setiausaha PN disandang oleh Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Semalam Timbalan Pengerusi PN Abdul Hadi Awang mengutus surat kepada ketua-ketua parti komponen PN, memaklumkan secara rasmi mengenai peletakan jawatan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa 1 Januari lalu. Abdul Hadi yang juga Presiden Pas memaklumkan keperluan memanggil mesyuarat tergempar MT PN dalam masa…

Read More

AS gesa rakyatnya tinggalkan Venezuela

JABATAN Negara Amerika Syarikat (AS) menggesa rakyatnya di Venezuela supaya meninggalkan negara itu “dengan segera,” berikutan ancaman keselamatan daripada kumpulan militia bersenjata yang memeriksa kenderaan di sekatan jalan raya bagi memburu warga AS. Dalam satu amaran keselamatan, jabatan itu berkata, situasi keselamatan di Venezuela kekal tidak menentu, seminggu selepas pemimpin negara itu, Nicolas Maduro ditangkap oleh tentera AS dalam satu serbuan. “Dengan penerbangan antarabangsa yang sudah disambung semula, rakyat AS di Venezuela dinasihatkan supaya segera meninggalkan negara itu,” kata jabatan itu. Amaran itu turut menyebut mengenai kumpulan militia bersenjata yang…

Read More

Syria gantung penerbangan

SYRIA menggantung semua trafik udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo berikutan kebimbangan keselamatan susulan serangan terbaharu oleh organisasi YPG/SDF ke atas kawasan kejiranan di utara bandar itu. Dalam kenyataan yang disiarkan Agensi Berita Arab Syria (SANA), Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam berkata lapangan terbang itu akan ditutup “sehingga notis selanjutnya” bagi memastikan keselamatan penumpang, kru penerbangan selain melindungi keselamatan operasi. Pihak berkuasa menyifatkan keputusan itu sebagai langkah sementara dan berjaga-jaga, sementara menunggu penilaian teknikal dan keselamatan diselesaikan dengan penyelarasan pihak berkuasa berkaitan. Menurut Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam, kemas kini…

Read More