KUALA LUMPUR 10 Jan . – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan disembah maklum mengenai perincian keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berhubung pengoperasian industri penternakan babi di Kuala Langat. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dalam kenyataannya berkata, baginda Sultan Selangor telah perkenan untuk terima menghadap Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor Izham Hashim pada Isnin ini. Katanya, perincian pengoperasian itu termasuk langkah proaktif oleh agensi-agensi penguatkuasaan supaya keselamatan serta kebersihan persekitaran dapat diperkukuhkan tanpa sebarang kompromi. Beliau berkata, MMKN terdahulu mengambil keputusan supaya syarat pengoperasian industri penternakan…
Read MoreDay: January 10, 2026
Jadikan titah Sultan Selangor peringatan keras
SEPANG 10 Jan – Kerajaan Negeri Selangor perlu menjadikan titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung ternakan babi Tanjong Sepat, Kuala Langat, sebagai peringatan keras agar setiap dasar pembangunan berpaksikan amanah, ketelusan dan keutamaan kebajikan rakyat, bukan kepentingan kelompok tertentu. Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohamed Sukri Omar berkata, titah itu adalah manifestasi keprihatinan Raja Berperlembagaan yang bukan sekadar Ketua Agama Islam Negeri tetapi pelindung keharmonian masyarakat, penjaga alam sekitar serta pembela kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Katanya, kebimbangan Tuanku sangat berasas kerana isu pencemaran bau, sungai, masalah kesihatan…
Read MoreSultan Selangor murka operasi ternak babi
SEPANG 10 Jan. – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan keputusan kerajaan negeri yang membenarkan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat tahun ini, sebelum dipindahkan ke kawasan Bukit Tagar pada tahun 2030 di atas tanah seluas kira-kira 202 hektar. Baginda tidak bersetuju dengan perancangan berkenaan, khususnya apabila ada kemungkinan ia melibatkan pembangunan penternakan babi secara berskala besar dan berorientasikan eksport ke luar negara. Titah baginda kajian pasaran harus dibuat dengan teliti dan rasional sebelum ketetapan muktamad dibuat. Ini kerana pembangunan ekonomi tidak boleh mengorbankan kesejahteraan rakyat,…
Read MorePemulihan Tun M ambil masa lama
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Mengambil kira faktor usia, proses pemulihan Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), dijangka memakan masa agak lama. Bekas Perdana Menteri itu juga akan menjalani rawatan fisioterapi tanpa pembedahan, sebagai pilihan terbaik buat masa ini bagi pemulihan tulang pinggul yang patah akibat terjatuh di kediamannya di The Mines, Serdang, Selasa lalu. Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff, dalam satu kenyataan, berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan doktor pakar dari IJN, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti…
Read MoreAkmal pilih PAU umum kedudukan
SEPANG 10 Jan. – Ketua Pemuda UMNO, Dr Mohamad Akmal Saleh akan mengumumkan kedudukannya di dalam parti pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur minggu hadapan. Menerusi satu hantaran di Facebooknya, Exco Kerajaan Negeri Melaka itu jua berkata, kedudukannya di dalam kerajaan juga akan diumumkan di PAU. “InsyAllah kedudukan saya di dalam parti dan kerajaan juga akan saya umumkan di dalam PAU minggu hadapan. Siapalah kita tanpa rakyat yang mengangkat kita pada hari ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu. Akmal sebelum ini dikritik…
Read MorePRK: Kinabatangan 3 penjuru, Lamag satu lawan satu
KINABATANGAN 10 Jan. – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru, manakala saingan satu lawan satu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag. Parti Warisan meletak calon di kedua-dua kerusi itu bagi mencabar parti penyandang, Barisan Nasional (BN) pada hari pengundian 24 Januari ini. Di Parlimen Kinabatangan, BN mempertaruhkan Mohd Kurniawan Naim Moktar yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan menentang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau daripada Warisan, Saddi Abdul Rahman dan calon Bebas, Goldam Hamid. Bagi kerusi DUN Lamag pula, calon BN, Mohd Ismail Ayob…
Read MoreBerita pilihan…
Halang Rusia, China miliki Greenland -Trump
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) perlu memiliki Greenland untuk menghalang Rusia dan China daripada menguasainya, tegas Presiden Donald Trump. Penegasan itu sekali gus mencetuskan ketegangan diplomatik dengan Denmark dan negara-negara Eropah lain. Trump berkata AS harus mempertahankan “hak milik” ke atas Greenland, wilayah autonomi di bawah Kerajaan Denmark, dan bukan bergantung kepada perjanjian sewaan tentera yang sedia ada. Beliau memberi amaran bahawa Washington akan bertindak “dengan cara mudah atau sukar” untuk mencapai matlamat itu. Greenland, yang terletak di antara Amerika Utara dan Artik, dilihat Trump sebagai kunci kepada keselamatan nasional,…
Read MoreAS urus industri minyak Venezuela
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan rancangan besar untuk mengurus semula industri minyak Venezuela melalui kerjasama dengan syarikat minyak gergasi AS. Langkah itu adalah dalam usaha menurunkan harga bahan api domestik dan mengukuhkan pengaruh ekonomi negara itu. Trump berkata, mesyuarat bersama eksekutif tenaga utama AS pada Jumaat memberi tumpuan kepada minyak Venezuela, keselamatan dan hubungan jangka panjang antara kedua-dua negara. “Mesyuarat hari ini (Jumaat) hampir sepenuhnya akan membincangkan minyak Venezuela, hubungan jangka panjang kami dengan negara itu, keselamatan dan rakyatnya. Faktor besar dalam penglibatan ini adalah pengurangan…
Read More