Halang Rusia, China miliki Greenland -Trump

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) perlu memiliki Greenland untuk menghalang Rusia dan China daripada menguasainya, tegas Presiden Donald Trump.

Penegasan itu sekali gus mencetuskan ketegangan diplomatik dengan Denmark dan negara-negara Eropah lain.

Trump berkata AS harus mempertahankan “hak milik” ke atas Greenland, wilayah autonomi di bawah Kerajaan Denmark, dan bukan bergantung kepada perjanjian sewaan tentera yang sedia ada.

Beliau memberi amaran bahawa Washington akan bertindak “dengan cara mudah atau sukar” untuk mencapai matlamat itu.

Greenland, yang terletak di antara Amerika Utara dan Artik, dilihat Trump sebagai kunci kepada keselamatan nasional, terutama dalam menangkis pengaruh Rusia dan China di rantau tersebut.

Namun begitu, idea itu telah mencetuskan kritikan keras daripada sekutu NATO, termasuk AS sendiri yang bercanggah pandangan dengan pandangan Trump.

Sebuah kumpulan ahli Republikan menggelar cadangan tersebut sebagai “memalukan”, sementara pemimpin Eropah lain menegaskan bahawa masa depan Greenland hanya ditentukan oleh Denmark dan penduduknya sendiri.

Denmark dan Greenland menegaskan bahawa wilayah itu tidak untuk dijual, dengan menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha AS untuk mengambil alih secara paksa atau melalui rundingan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment