SEPANG 8 Jan. – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, mendakwa terdapat dua komplikasi yang akan dihadapi Perikatan Nasional (PN) jika gabungan itu memilih Pas bagi menggantikan Muhyiddin Yassin yang meletak jawaran. Komplikasi pertama berkait dengan mandat yang diberikan kepada Gerakan dan MIPP untuk mencari undi bukan Melayu untuk PN. “Saya dimaklumkan wujud kebimbangan di kalangan Gerakan dan MIPP bahawa mereka tidak dapat menunaikan mandat mencari undi bukan Melayu kerana kemungkinan imej PN di mata rakyat akan berubah jika Pas menjadi Pengerusinya. Benar, sebelum ini ada persoalan mengenai…
Read MoreDay: January 8, 2026
Syukur kebenaran terbukiti jua – Zahid
SEPANG 8 Jan. – “Kebenaran terbukti jua”. Itu reaksi Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkait dana Yayasan Akalbudi. Timbalan Perdana Menteri yang Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menerusi laman Facebooknya malam ini, juga bersyukur dengan keputusan AGC itu. “Syukur Alhamdulillah. Masa akhirnya menjawab segalanya, kebenaran terbukti jua,” kata Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO itu. AGC dalam satu kenyataan petang ini memaklumkan keputusan itu sekali gus membawa kepada penamatan kes terbabit,…
Read MoreDNAA 47 pertuduhan Zahid kini NFA
PUTRAJAYA 8 Jan. – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkait dana Yayasan Akalbudi membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Dalam satu kenyataan, hari ini, AGC berkata keputusan berkenaan sekali gus membawa kepada penamatan muktamad kes terbabit dan ia selaras kuasa serta budi bicara Peguam Negara bawah Perlembagaan dan undang-undang berkaitan. AGC menegaskan keputusan terbabit diambil berasaskan pertimbangan profesional dan undang-undang dengan mengambil kira kepentingan keadilan, integriti proses pendakwaan serta keperluan memastikan kepastian dan ketelusan…
Read MoreTanpa Pas, 4 ADUN Bersatu Exco Perlis
ARAU 8 Jan. – Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Bersatu dilantik membarisi barisan exco negeri itu termasuk dua yang digugurkan dari barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis setahun yang lalu. ADUN Pauh, Megat Hashirat Hassan dan ADUN Tambun Tulang, Wan Zikri Afthar Ishak membuat kemunculan semula bersama ADUN Bersatu, Izizam Ibrahim (DUN Titi Tinggi) dan Marzita Mansor (DUN Sena). Ini bermakna semua ADUN Bersatu yang menang pada pilihan raya umum lalu membentuk kerajaan termasuk menduduki kerusi Menteri Besar yang diduduki ADUN Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah.…
Read More6 bulan lagi, pasport, MyKad wajah baharu
PUTRAJAYA 8 Jan. – Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dengan reka bentuk dan ciri keselamatan baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi. Menteri Dalam Negeri (KDN), Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu bagi memperkukuh tahap keselamatan dokumen berkenaan selaras perubahan teknologi dan keperluan semasa, termasuk membanteras pemalsuan MyKad. Katanya, pelaksanaan ini antara pencapaian penting kerajaan dalam usaha memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan diri dan perjalanan negara. Bercakap pada sidang media Majlis Amanat Menteri Dalam Negeri di sini, hari ini, beliau bagaimanapun…
Read MoreBerita pilihan…
AS tarik diri daripada 66 organisasi
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan agensi-agensi kerajaan menarik diri daripada 66 organisasi antarabangsa yang menurut pentadbiran beliau tidak lagi berkhidmat untuk kepentingan AS. Trump menandatangani satu “Memorandum Presiden” yang ,mengeluarkan arahan kepada semua Jabatan dan Agensi Eksekutif. Menurut maklumat yang dikongsi Rumah Putih, arahan melibatkan menghentikan penyertaan serta pembiayaan terhadap 35 organisasi bukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan 31 entiti PBB yang beroperasi bertentangan dengan kepentingan nasional, keselamatan, kemakmuran ekonomi atau kedaulatan AS. Rumah Putih memaklumkan bahawa langkah tersebut susulan satu “semakan yang diarahkan awal tahun…
Read MoreKomander presiden Venezuela dipecat
CARACAS – Komander pasukan pengawal kehormat presiden, Jeneral Javier Marcano Tábata, dipecat beberapa hari selepas Nicolás Maduro ditahan oleh pasukan khas Amerika Syarikat (AS) dalam satu serbuan di Caracas. Perintah pemecatan dikeluarkan oleh Pemimpin interim Venezuela, Delcy Rodríguez, yang mengangkat sumpah sebagai presiden interim pada Isnin lalu di hadapan Perhimpunan Kebangsaan yang dikuasai sekutu kerajaan. Maduro ditahan dan dibawa ke New York untuk menghadapi pertuduhan berkaitan narco-keganasan manakala pasukan pengawal kehormat presiden merupakan unit tentera elit yang bertanggungjawab melindungi ketua negara. Walaupun kerajaan Venezuela belum mengeluarkan butiran rasmi mengenai jumlah…
Read More