91 anak muda sertai umrah percuma Andalusia

SEPANG 4 Jan.  – Selepas ‘berkampung’ selama 20 hari di Masjid Imanul Faizin, Melor, Kota Bharu akhirnya 91 peserta Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan 2.0 berlepas ke Tanah Suci tengah hari ini.

Mereka menaiki pesawat Malaysia Airlines (MH150) menuju ke Jeddah, Arab Saudi dan akan terus ke Makkah untuk menunaikan umrah pertama, buat kali pertama dalam kehidupan mereka.

Peserta terdiri daripada 50 wanita dan 41 lelaki dengan enam orang pengiring serta dua orang mutawwif diketuai bendahari

Program anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. dengan kerjasama Yayasan Imanul Faizin dan Masjid Imanul Faizin, terdiri daripada 50 wanita 41 lelaki dengan enam pengiring serta dua mutawwif diketuai bendahari masjid, Rohani Md Yusoff.

Untuk program kali kedua ini, ia menunjukkan peningkatan peserta berbanding musim sebelum ini seramai 65 orang.

Rohani berkata, program itu bertujuan melahirkan belia berakhlak, berdisiplin dan berilmu di samping mengimarahkan institusi masjid serta mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian.

Beliau memberitahu, peserta terpilih memenuhi syarat ditetapkan antaranya individu lahir di Kelantan, belum berkahwin serta belum pernah menunaikan umrah.

“Sebelum pemilihan 91 peserta tersebut, saringan awal dan sesi temu duga yang ketat telah diadakan melibatkan kira-kira 300 hingga 600 pemohon,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di KLIA di sini, hari ini.

Katanya, walaupun program ini merupakan kesinambungan program tahun lalu tetapi kali ini terdapat perbezaan dengan menekankan pembentukan jati diri melalui pengisian rohani dan sahsiah, selain kewajipan solat lima waktu.

Di samping itu para peserta juga didedahkan dengan ilmu keusahawanan, komunikasi dan pengurusan jenazah.

“Program ini bukan sekadar membawa peserta menunaikan umrah malah bertujuan melahirkan generasi muda yang berakhlak, berdisiplin dan mempunyai kefahaman Islam yang kukuh untuk dibawa pulang dan diamalkan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Sepanjang berada di Tanah Suci, para peserta akan mengikuti pengisian program berjadual termasuk bimbingan ibadah umrah, tazkirah, sesi muhasabah diri serta aktiviti berkumpulan yang menekankan nilai kepimpinan, kerjasama dan adab sebagai tetamu Allah.

Sementara itu, Muhammad Ikram Azman, 20 menzahirkan rasa syukur dan gembira selepas terpilih menyertai program berkenaan, umrah pertama yang akan dilakukan.

“Saya merakamkan penghargaan kepada pengurusan Andalusia terutama Haji ibrahim kerana memberi peluang kepada saya dan kami semua anak muda menunaikan umrah,” katanya.

Beliau mengakui proses saringan yang dilalui sukar dan hampir tidak berjaya, namun tetap berserah kepada ketentuan Ilahi dan akhirnya berjaya dipilih.

Bagi Nur Amal Rumaisha Ek Noorza dari Pasir Mas pula menyifatkan pemilihan itu sebagai jemputan dari Allah SWT yang tidak disangka-sangka, memandangkan sekadar mencuba nasib dalam sesi temu duga.

Katanya, ia sekali gus menjadikan pengalaman menunaikan umrah percuma pada usia muda yang menjadi detik amat bermakna.

“Terima kasih kepada Andalusia kerana memberi peluang yang saya rasa orang terpilih sahaja berpeluang di samping dapat berjumpa dengan kawan- kawan baru,” katanya yang masih belajar.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment