BAITULMUQADDIS – Israel merobohkan kediaman empat tingkat di Baitulmaqdis Timur, yang dilakukan secara tergesa-gesa pada tengah malam menyebabkan puluhan penduduk hilang tempat tinggal. Bangunan berkenaan yang terletak di kejiranan Silwan berhampiran Kota Lama, mengandungi kira-kira 12 unit pangsapuri yang menempatkan sekitar 100 penduduk, kebanyakannya wanita, kanak-kanak dan warga emas. Bangunan itu adalah yang terbaharu dalam siri struktur kediaman dimusnahkan ketika pegawai Israel menyasarkan pembinaan tanpa kebenaran di bahagian timur bandar. Ia adalah sebahagian kempen regim Yahudi yang disifatkan pegawai tempatan Palestin sebagai dasar sistematik untuk mengusir penduduk. Tiga jentolak mula…
Read MoreYear: 2025
Media Hari Ini Selasa 23.12.2025
“Jangan risau komitmen jaga kampung tradisi”
PUTRAJAYA 22 Dis. – Usaha memelihara kampung tradisi Melayu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan diteruskan selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengekalkan warisan serta identiti komuniti tempatan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh yang memberi jaminan itu berkata, pemeliharaan kampung-kampung tradisi Melayu di Wilayah Persekutuan, termasuk Kampung Baru, akan terus menjadi perhatian beliau. Hannah berkata rekod perkhidmatannya sebagai Ahli Parlimen Segambut membuktikan pendirian konsistennya dalam mempertahankan kepentingan kampung tradisi Melayu, termasuk Kampung Sungai Penchala. “Mengenai komitmen saya dalam menjaga kampung tradisi Melayu di Wilayah…
Read MorePemimpin UMNO marah, DAP ‘sambut baik’
SEPANG 22 Dis. – Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib Razak untuk tahanan rumah mencetuskan pelbagai reaksi yang menyaksikan pimpinan UMNO sedih dan marah manakala ada pimpinan DAP ‘menyambut baik’. Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi melalui Facebooknya memuat naik peringatan ringkas dalam nada amaran dengan latar belakang berwarna merah yang berbunyi “Jangan menyimbah minyak pada api yang sedang marak,”. Bagaimanapun, hantaran Zahid tidak menyebut sebarang nama kenyataan itu ditujukan. Semalam Zahid dalam kenyataannya berharap Najib diberikan pengampunan dan sebagai sahabat sejati, beliau sentiasa mendoakan agar bekas Perdana Menteri itu diberikan…
Read MoreKeputusan bukan ‘pentas sorakan murahan’
SEPANG 22 Dis. – Tindakan beberapa pemimpin DAP yang secara terbuka ‘bersorak, bergembira dan meraikan’ keputusan Mahkamah Tinggi melibatkan Titah Adendum Najib Razak dianggap sebagai biadap, tidak berperikemanusiaan dan jijik, Naib Ketua Pemuda UMNO Hairi Md Shah berkata, tindakan itu juga memperlihatkan politik dendam paling murahan yang langsung tidak mencerminkan kematangan, empati dan adab seorang pemimpin dalam negara berbilang kaum. “UMNO menegaskan pendirian yang jelas dan konsisten: kami menghormati sepenuhnya keputusan Mahkamah serta kedaulatan undang-undang negara. Namun, menghormati sistem kehakiman tidak bermaksud UMNO wajib berdiam diri apabila ada pihak yang…
Read MoreNajib fail rayuan keputusan Titah Adendum
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Keputusan mengecewakan, namun Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan Titah Adendum tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi menjalani tahanan rumah. Peguam mewakili bekas Perdana Menteri itu, Muhammad Shafee Abdullah, berkata walaupun keputusan itu mengecewakan pihak pembelaan, termasuk Najib, proses perundangan akan diteruskan mengikut saluran sewajarnya. “Bagaimanapun, ini bukan penamat dan kami akan meneruskan proses perundangan dengan memfailkan rayuan,” katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. Beliau berkata, pihaknya akan terlebih dahulu mendapatkan alasan penghakiman bertulis…
Read MoreTitah Adendum: Najib kekal di Penjara Kajang
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Najib Razak kekal menjalani baki hukuman penjaranya di Penjara Kajang, selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas Perdana Menteri, itu berhubung Titah Adendum terhadapnya untuk menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah. Dalam keputusan dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching mendapati Titah Adendum berkenaan tidak dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61 pada 29 Januari tahun lalu. “Untuk ditegaskan sekali lagi, Yang di-Pertuan Agong ialah seorang Raja Berperlembagaan dan menjalankan kuasa serta fungsinya selaras dengan peruntukan Perlembagaan. Pelaksanaan kuasa prerogatif pengampunan…
Read MoreSemak nama pemilih Oktober 2025
PUTRAJAYA 22 Dis. – Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2025 (DPT BLN10/2025) yang mengandungi 40,911 nama pemilih berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Oktober 2025 akan berakhir esok, 23 Disember. DPT BLN10/2025 turut mengandungi 11,913 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,170 orang pemilih bertukar kategori pengundi atau status. Jumlah pemilih baharu itu berkurangan berbanding 42,305 yang direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam tempoh 1 September hingga 30 September 2025 yang lalu. Semakan boleh dibuat melalui portal SPR di pautan…
Read MoreBerita pilihan….
UK kecam 19 penempatan baharu Israel
LONDON – United Kingdom (UK) mengecam kelulusan Israel terhadap 19 penempatan haram baharu di Tebing Barat yang diduduki, dan menganggap penempatan haram di bawah undang-undang antarabangsa. Menteri UK bagi Asia Barat dan Afrika Utara, Hamish Falconer menerusi platform media sosial X mengeluarkan kenyataan itu selepas Kabinet Israel meluluskan cadangan bagi pembinaan 19 penempatan baharu di Tebing Barat yang diduduki. “Langkah ini berisiko menjejaskan Pelan 20 Perkara serta prospek keamanan dan keselamatan jangka panjang yang hanya dapat dicapai melalui penyelesaian dua negara,” kata Falconer, merujuk kepada pelan hala tuju Presiden Amerika…
Read More