Rombakan diplomat Kedutaan AS

WASHINGTON – Hampir 30 diplomat kerjaya daripada jawatan duta dan kedudukan kanan di kedutaan Amerika Syarikat (AS) dipanggil pulang dalam usaha merombak semula dasar diplomatik negara itu di luar negara selaras dengan agenda “America First.” Menurut laporan media yang memetik dua pegawai Jabatan Negara AS yang enggan dikenali, ketua misi di sekurang-kurangnya 29 negara dimaklumkan minggu lalu bahawa tempoh perkhidmatan mereka akan berakhir pada Januari 2026. Kesemua mereka dilantik ketika pentadbiran Presiden Joe Biden dan sebelum ini terselamat daripada pembersihan awal pada bulan-bulan pertama penggal kedua Trump yang menyasarkan lantikan…

Read More

Laluan warga emas, OKU di Masjidilharam

MAKKAH – Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi memperuntukkan laluan khusus bagi warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di dalam Masjidilharam. Laluan itu bertujuan memudahkan pelaksanaan ibadah serta menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa bagi meningkatkan rasa tenang dan khusyuk, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan agensi itu untuk menambah baik kualiti perkhidmatan kepada jemaah. Menurut pihak berkenaan, laluan-laluan itu disusun dengan teliti di lokasi strategik bagi memudahkan pergerakan serta mengurangkan kesulitan yang mungkin dihadapi kumpulan terbabit ketika masuk, keluar, atau bergerak di antara aras yang…

Read More

Tidak kurangkan kuasa Agong, Raja-Raja Melayu

PUTRAJAYA 23 Dis. – Keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Titah Adendum Najib Razak semalam, tidak sama sekali mengurangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu atau Yang di-Pertua Negeri Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataannya menegaskan Hakim Alice Loke Yee Ching dalam penghakiman lisannya turut mengiktiraf kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu serta Yang di-Pertua Negeri. “Kuasa pengampunan ini tidak boleh dilakukan oleh mana-mana pihak lain. Namun, selaras konsep Raja Berperlembagaan, kuasa itu perlu dilaksana berdasarkan syarat-syarat Perlembagaan sebagaimana diperuntukkan bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,” kata kenyataan berkenaan. AGC berkata,…

Read More

Pastikan kuasa mutlak terpelihara

SEPANG 23 Dis. – Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan mengkaji semula perkara dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa prerogatif pengampunan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan berkata, langkah itu bagi memastikan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan struktur asas Perlembagaan kekal, jelas serta terpelihara. Katanya, PN berpandangan bahawa kemelut Perlembagaan dan kekeliruan undang-undang yang berlaku hari ini adalah berpunca daripada kegagalan kerajaan Madani sendiri dalam menangani isu kewujudan Titah Adendum sejak awal lagi. “Sehubungan itu, PN menggesa kerajaan mengkaji semula perkara-perkara dalam…

Read More

Kenyataan ‘meraikan’ ancam kerjasama PH-BN

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming mengingatkan kenyataan ‘meraikan’ yang ditulis Yeo Bee Yin dalam media sosialnya, Facebook, boleh menjejaskan keupayaan Kerajaan MADANI untuk berfungsi dengan berkesan sepanjang berbaki dua tahun pemerintahan. Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), berkata tindakan sedemikian juga boleh mengancam kerjasama yang dipersetujui antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebelum dan selepas pilihan raya umum akan datang. “Siapa tahu, ini mungkin antara tindakan yang mendorong BN mencari kerjasama lebih rapat dengan Perikatan…

Read More

Bossku tidak akan mengalah, akan terus berjuang.

SEPANG 23 Dis. – Exco Pemuda UMNO, Mohd Nazifuddin Najib, menyuarakan rasa sedih atas keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang memutuskan Titah Adendum ke atas bapanya, Najib Razak tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi maksud menjalani tahanan rumah di negara ini. Lebih menyedihkan kata anak bekas Perdana Menteri itu,, keputusan tersebut bukan semata-mata kerana membabitkan bapanya, sebaliknya makna di sebalik keputusan itu yang secara langsung turut menyentuh titah Yang di-Pertuan Agong. “Saya kenal ayah saya. Bossku tidak akan mengalah. Beliau akan terus berjuang. Namun sebagai seorang anak, dengan setiap halangan…

Read More

PRU Bangladesh ikut jadual 12 Feb.

NEW DELHI – Pilihan Raya Umum (PRU) bagi memilih Parlimen baharu akan diadakan mengikut jadual pada 12 Februari depan, kata Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof Dr Muhammad Yunus. Beliau menegaskan tiada perubahan dalam rancangan terbabit meskipun jutaan dolar didakwa dibelanjakan oleh ‘penyokong rejim yang digulingkan’” untuk mengganggu proses pilihan raya itu. “Rakyat negara ini tidak sabar untuk menunaikan hak mengundi mereka yang telah dirampas oleh rejim autokratik,” kata Yunus, merujuk kepada pentadbiran bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina yang digulingkan. Yunus membuat kenyataan itu dalam perbualan telefon dengan Sergio Gor, Duta…

Read More