Kereta api laju Xi’an dan Yan’an beroperasi

YAN’AN – Laluan kereta api laju sejauh 299 kilometer yang menghubungkan bandar Xi’an dan Yan’an di wilayah Shaanxi, barat laut China beroperasi secara rasmi selepas tren laju Fuxing bertolak dari sini ke ibu negeri Xi’an, pukul 10 pagi semalam.

Dengan pengopoperasian itu , ia menjadikan jumlah panjang rangkaian kereta api laju negara itu melebihi 50,000 kilometer.

Laluan berkenaan melalui bandar Weinan dan Tongchuan, serta berhenti di lapan stesen baharu iaitu Gaoling, Fuping Selatan, Tongchuan, Tongchuan Utara, Yijun, Huangling, Luochuan dan Fuxian Utara.

Yan’an dikenali sebagai tapak penting dalam sejarah revolusi China dan terletak di kawasan pergunungan utara Shaanxi.

Laluan Xi’an–Yan’an direka untuk kelajuan sehingga 350 kilometer sejam dan merupakan sebahagian penting rangkaian kereta api laju nasional China yang merangkumi lapan laluan utama dari utara ke selatan dan lapan laluan dari timur ke barat.

Sehingga 38 perkhidmatan tren disediakan setiap hari, dengan masa perjalanan antara Stesen Xi’an Utara dan Yan’an dipendekkan kepada hanya 68 minit, iaitu 62 minit lebih cepat berbanding tren penumpang biasa sebelum ini.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment