Israel didakwa lakukan 497 pelanggaran

ISTANBUL – Pejabat Media Kerajaan Gaza mendakwa tentera Israel melakukan 497 pelanggaran terhadap gencatan senjata di Semenanjung Gaza sejak ia berkuat kuasa, mengakibatkan 342 orang maut dan 875 yang lain cedera. Israel didakwa secara sistematik menjejaskan perjanjian berkenaan melalui serangan maut dan pencerobohan berulang di mana sebanyak 27 pelanggaran direkodkan semalam, menyebabkan 24 kematian dan 87 kecederaan. Ia menyifatkan corak tindakan itu sebagai “pelanggaran terang-terangan” terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta protokol kemanusiaan yang dilampirkan pada perjanjian gencatan senjata. Sejak 10 Oktober, pelanggaran Israel termasuk 142 insiden tembakan yang menyasarkan orang…

Read More

48 rakyat Indonesia ditahan di Myanmar

YANGON – Indonesia mengesahkan bahawa 48 rakyatnya ditahan di Myanmar selepas pihak berkuasa tempatan melancarkan operasi besar-besaran terhadap rangkaian penipuan dalam talian di Negeri Kayin. Menurut kenyataan Kedutaan Besar Indonesia di sini, makumat awal yang diperoleh daripada media nasional Myanmar, seramai 611 warga asing, termasuk 48 warganegara Indonesia, ditahan oleh pihak berkuasa Myanmar dalam serbuan itu “Selain itu, pada 20 November, maklumat turut diterima daripada seorang warga Indonesia yang ditahan, menyatakan bahawa terdapat kira-kira 200 rakyat Indonesia yang ditangkap dalam operasi itu dan memohon bantuan untuk dihantar pulang ke Indonesia,”…

Read More

Manifesto BN tawar enam teras utama RPS1

KOTA KINABALU 22 Nov.  – Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 memperkenalkan Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RPS1) yang menawarkan enam teras utama bagi memacu pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat. RPS1 dirangka secara komprehensif merangkumi aspek Kemakmuran Ekonomi dan Kesejahteraan Hidup, Wanita dan Orang Muda sebagai Tonggak Negara, serta Pendidikan Berkualiti Untuk Semua. Bendahari UMNO Sabah, Dr Salleh Said Keruak, ketika membentangkan manifesto itu berkata RPS1 turut menekankan agenda Transformasi Politik dan Tadbir Urus, Masyarakat Sihat dan Negeri Berkebajikan serta Kelestarian Sumber Alam. “RPS1 ini…

Read More

Kasi Bagus Sabah senarai 12 tunjang

PUTATAN 22 Nov.  – Perikatan Nasional (PN) melancarkan manifesto Kasi Bagus Sabah dengan 12 tunjang utama pembangunan negeri yang menawarkan 159 tawaran, sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17. Pengerusi PN Muhyiddin Yassin melancarkan manifesto dengan menampilkan PN sebagai gabungan yang mahu merombak tadbir urus negeri, mempertahankan kekayaan Sabah dan mengetatkan pengawasan terhadap sumber aslinya. Tunjang utama manifesto Kasi Bagus Hak Sabah berkaitan memperjuangkan hak Sabah seperti apa yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Bagi memastikan kekayaan daripada hasil sumber asli negeri dinikmati generasi masa depan, PN akan…

Read More

Mamdani: Pandangan Trumph berubah

WASHINGTON – Presiden Donald Trump, menyatakan beliau tidak mempunyai masalah untuk tinggal di New York sekiranya bandar itu berada di bawah pentadbiran Datuk Bandar Zohran Mamdani. Katanya, beliau benar-benar selesa, terutamanya selepas pertemuan dengan datuk bandar baharu itu di Oval Office, White House. Kenyataan itu berbeza sama sekali dengan pendirian Trump semasa kempen Datuk Bandar New York sebelum ini, apabila beliau berulang kali mengugut untuk menarik balik dana persekutuan sekiranya Mamdani menang. “Saya fikir anda akan mempunyai seorang Datuk Bandar yang hebat. Lebih baik beliau lakukan tugasnya, lebih gembira saya,”…

Read More

Hanya separuh hospital di Gaza beroperasi

GENEVA – Keperluan perubatan di Semenanjung Gaza masih jauh melebihi perkhidmatan yang tersedia walaupun terdapat genjatan senjata yang rapuh, berikutan penafian akses, kekurangan bekalan serta laluan disekat yang menghalang rawatan menyelamatkan nyawa. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, hanya separuh daripada 36 hospital di Gaza beroperasi, manakala hanya 82 daripada 194 pusat kesihatan utama, iaitu sekitar 41 peratus, serta 10 hospital medan kini beroperasi. Wakil WHO di wilayah Palestin yang diduduki Richard Peeperkorn memberitahu pemberita di Geneva bahawa “keperluan masih sangat besar berbanding kemampuan perkhidmatan kesihatan, Beliau berkata, tujuh hospital…

Read More