RAMALLAH – Situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza kekal amat kritikal walaupun gencatan senjata berkuat kuasa, lapor Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) Menurut UNRWA, Israel menghalang kemasukan kakitangannya dari luar negara dan mengehadkan penghantaran bantuan, menyebabkan kira-kira 6,000 trak makanan terkandas di kawasan lintasan. Dalam satu kenyataan, agensi itu mengesahkan bahawa lebih 90 peratus penduduk Gaza bergantung sepenuhnya kepada bantuan, dengan ramai hanya menerima satu hidangan setiap 24 jam. Purata 170 trak memasuki Gaza setiap hari, jumlah yang jauh di bawah keperluan minimum…
Read MoreYear: 2025
Media Hari Ini Selasa 25.11.2025
Andalusia sedia santuni 80,000 jemaah umrah
KUALA LUMPUR 24 Nov. – Berbaki enam bulan lagi, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) bertekad untuk mencapai sasaran 80,000 jemaah umrah sepanjang musim 1447 Hijrah yang setakat ini merekodkan 51,000 jemaah berdaftar. Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, sasaran awal 50,000 jemaah yang ditetapkan syarikat dapat dicapai lebih awal daripada kebiasaan dan yakin mampu mencapai matlamat 80,000 jemaah. Katanya, sasaran sebenar syarikat adalah untuk mencapai 80,000 jemaah, satu matlamat yang diletakkan sejak tiga tahun pasca-Covid-19. “Berdasarkan keyakinan ramai terhadap syarikat, dipacu sistem pengurusan serta pemasaran…
Read MoreBerita pilihan…
Risiko cas peranti di port awam
ABU DHABI – Mengecas peranti di port mengecas awam berisiko mendedahkan data peribadi pengguna kepada penggodam, berikutan sesetengah port mungkin mengandungi perisian hasad atau sistem tersembunyi yang membolehkan serangan “juice jacking”. Majlis Keselamatan Siber Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang mendedahkan demikian berkata sebanyak 79 peratus pengembara yang menggunakan port mengecas awam dipercayai berdepan potensi pencerobohan data itu. Serangan itu mengeksploitasi protokol pemindahan media atau imej yang diaktifkan secara automatik apabila peranti disambungkan. Majlis itu berkata pengabaian langkah asas keselamatan siber boleh mengakibatkan data dan kata laluan dicuri, atau membenarkan perisian…
Read MoreKomander tertinggi Hezbollah terbunuh
BEIRUT – Seorang komander tertinggi Hezbollah, Haytham Ali Tabatabai, terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas ibu negara Lubnan, Beirut, pada Ahad, menandakan serangan pertama ke bandar itu dalam beberapa bulan. Ketua staf sayap bersenjata Hezbollah itu, terbunuh bersama sekurang-kurangnya empat individu lain apabila sebuah pangsapuri di kawasan Dahiyeh, kubu kuat Hezbollah di selatan Beirut, dibedil oleh tentera Israel. Dalam satu kenyataan, Hezbollah mengesahkan kematian “komander agung” itu dan menyifatkan serangan tersebut sebagai “pengkhianatan” yang membuka ruang kepada peningkatan serangan di seluruh Lubnan. Anak kepada ibu warga Lubnan dan bapa…
Read MoreMedia Hari Ini Isnin 24.11.2025
8 komitmen PH membina Sabah baharu
KOTA KINABALU 23 Nov. – Manifesto Pakatan Harapan (PH) Sabah dilancarkan hari ini dengan menggariskan lapan komitmen khusus untuk membantu rakyat, memperbaiki infrastruktur, mengukuh tadbir urus serta merancakkan ekonomi. Komitmen itu dipacu tujuh agenda, yang bertindak sebagai prinsip pemandu dalam mentadbir Sabah lima tahun ke hadapan, yang diletak dengan dengan akronim HARAPAN. Pengerusi PH Sabah, Mustapha Sakmud berkata, manifesto itu, menyusun 10 senarai keutamaan bagi memastikan sumber 40 peratus hak negeri tidak disia-siakan dan dapat dinikmati rakyat keseluruhannya. Katanya, PH Sabah melihat komitmen kerajaan pusat, terutama Perdana Menteri, Datuk Seri…
Read MoreSPR nafi pantau calon tertentu
KOTA KINABALU 23 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan yang mengatakan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) memberi tumpuan khusus atau menyasarkan parti mahupun pihak tertentu sahaja. Setiausaha SPR, Khairul Shahril Idrus, berkata aduan pengawasan luar biasa terhadap calon atau parti tertentu sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 adalah tidak benar. “Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang kemusykilan disarankan membuat aduan secara rasmi kepada SPR atau pihak berkuasa berkaitan terhadap sebarang salah laku, kecurigaan atau sebarang aduan tentang ketidakpatuhan peraturan dan undang-undang pilihan raya,” katanya dalam…
Read MoreSaringan kesihatan rutin diteruskan
BAGAN DATUK 23 Nov. – Tiada keperluan untuk Kementerian Kesihatan memperkenalkan program khusus bagi bakal jemaah haji susulan syarat baharu tahap kesihatan mereka yang terpilih menunaikan haji seperti ditetapkan Kerajaan Arab Saudi. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kementerian sudah melaksanakan pemeriksaan dan saringan kesihatan rutin setiap tahun bagi memastikan jemaah dalam keadaan terbaik sebelum berangkat ke Tanah Suci. “Kami akan terus menyediakan penjagaan kesihatan awal melalui saringan berkala, kerana ia penting. Malaysia sudah mengamalkan pendekatan kesihatan yang mencukupi untuk bakal jemaah haji dan kita akan terus meningkatkan tahap penjagaan…
Read More