KOTA KINABALU 21 Nov. – Timbalan Presiden Bersatu yang juga Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin masih kekal sebagai ketua pembangkang, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yasin. Muhyiddin yang ditemui media ketika turun berkempen membantu calon PN di Pantai Dalit, Tuaran petang tadi, berkata, tiada sebarang perubahan diputuskan ketika ini. “Tak ada apa-apa. Tak ada tukar (ketua pembangkang). Kekal seperti mana yang ada sekarang,” jawabnya sekali gus menafikan khabar angin yang mendakwa Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin akan dinamakan sebagai ketua pembangkang baharu. Beberapa hari lalu, timbul spekulasi yang mendakwa…
Read MoreYear: 2025
PM tolak saranan pecat setpol kanan
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Anwar Ibrahim menolak saranan supaya beliau mengambil tindakan memecat Setiausaha Politik Kanannya Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung surat sokongan dikeluarkan bagi kontraktor yang membida projek hospital. Perdana Menteri berkata, beliau sudah membuat teguran keras terhadap Shamsul Iskandar supaya ia juga menjadi pengajaran kepada yang lain. Anwar diminta mengulas desakan bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli supaya tindakan pecat dikenakan terhadap Shamsul Iskandar diambil bukannya sekadar menegur. “Saya faham dari mana datangnya pandangan beliau, tetapi kita perlu melihat kepada tahap kesalahan. “Saya memang tidak bersetuju dengan apa…
Read MoreKadar tolak tawaran lebih rendah
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Peringatan berkala seawal Ogos lalu, serta menggalakkan kempen simpanan berterusan memberi kesan positif terhadap kadar penolakan tawaran haji bagi musim haji 1447/2026M. Hasil tindakan proaktif Lembaga Tabung Haji (TH) itu, kadar penolakan tawaran haji bagi musim haji akan datang lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya . Dalam kenyataannya hari ini, TH berkata, kesan positif itu turut dipengaruhi inisiatif peremajaan jenama TH yang sedang giat dilaksanakan. “Tawaran haji bagi musim 1447H/2026M kepada jemaah masih lagi dikeluarkan secara berperingkat ketika ini. Bagi musim haji 1447H/2026M yang akan datang,…
Read MoreMalaysia tinggal peta jika tulang Persekutuan ‘retak’
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Parti Pesaka Bumiputera (Putra) mendakwa corak kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah, bukan lagi untuk menghadapi pilihan raya sebaliknya seumpama referendum kewujudan Malaysia. Presiden Putra, Dr Ibrahim Ali berkata, ini dapat dilihat melalui kempen Sabah First, tolak Semenanjung atau orang luar serta bermacam tuntutan dalam menifesto dan kempen kebencian berapi-rapi untuk menarik undi rakyat. “Kesan ini amat bahaya baik jangka pendek atau panjang bagi keutuhan suatu Bangsa Negara Malaysia. Ini bukan soal siapa jadi Ketua Menteri. Ini soal Malaysia kekal 13 negeri atau Malaysia…
Read MoreBerita pilihan…
Jenayah perang, paksa penduduk pindah
HAMILTON (Kanada) – Human Rights Watch (HRW) melaporkan , pasukan Israel telah memaksa puluhan ribu penduduk Palestin berpindah dari tiga kem pelarian di utara Tebing Barat yang diduduki pada Januari lalu, dalam pelanggaran undang-undang antarabangsa yang disifatkan sebagai “jenayah perang.” Laporan itu meneliti “Operasi Iron Wall,” iaitu operasi ketenteraan berskala besar Israel yang bermula di kem pelarian Jenin pada 21 Januari sebelum diperluaskan ke kem Tulkarem dan Nur Shams serta beberapa kawasan lain di utara Tebing Barat, lapor Anadolu Ajansi. Menurut HRW, operasi itu telah mengosongkan kem-kem yang menempatkan kira-kira…
Read MoreKanak-kanak Gaza perlu masa pulih trauma
GENEVA – Kanak-kanak di Gaza memerlukan tempoh yang jauh lebih lama untuk pulih daripada trauma akibat dua tahun keganasan, meskipun keadaan sementara kini lebih tenang berikutan gencatan senjata semasa. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, gencatan senjata memberi “detik-detik ketenangan” kepada kanak-kanak yang berdepan pengeboman, perpindahan dan kehilangan. “Gencatan senjata yang rapuh ini memberi ruang kepada kanak-kanak untuk bernafas, berhubung, bermain dan mula sembuh. Namun trauma, kecederaan, kesedihan serta masa kecil yang musnah akan mengambil masa yang jauh lebih lama untuk pulih,” kata Ghebreyesus dalam catatannya…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 21.11.2025
50 peratus jemaah tolak tawaran haji
KUALA LUMPUR 20 Nov. – Sebanyak 50 peratus jemaah haji yang terpilih untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu, tahun ini, direkodkan menolak tawaran berkenaan berpunca daripada masalah kewangan dihadapi jemaah terbabit. Disamping itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata bahawa 53 peratus daripada 9.7 juta pendeposit Tabung Haji (TH) direkodkan mempunyai simpanan kurang RM1,300. Katanya, keadaan itu menyebabkan pendeposit dengan baki simpanan kurang RM1,300 belum layak menunaikan haji kerana jumlah terbabit tidak mencukupi bagi tujuan berkenaan. Beliau berkata, TH kini kurang dilihat…
Read MoreSuruhanjaya khas semak perkongsian hasil
TANJONG 20 Nov. – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mencadangkan penubuhan sebuah suruhanjaya khas peringkat nasional bagi menyemak semula model perkongsian hasil antara Kerajaan Persekutuan dan negeri. Beliau berkata langkah itu merupakan keperluan penting bagi memastikan keadilan fiskal dan kelestarian pembangunan jangka panjang. Katanya , penubuhan suruhanjaya khas adalah mekanisme terbaik untuk menilai semula formula sedia ada secara telus dan berlandaskan perjanjian yang jelas bukan sahaja untuk Pulau Pinang tetapi demi keserataan antara semua negeri. “Di sebalik polemik mengenai perkongsian hasil, Pulau Pinang terus mengekalkan momentumnya sebagai kuasa…
Read More