Agong zahir tahniah kontinjen Malaysia

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Malaysia atas kejayaan meraih keseluruhan 231 pingat pada temasya Sukan SEA 2025. Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa bangga terhadap semangat juang serta komitmen tinggi dipamerkan oleh barisan atlet negara sepanjang berlangsungnya temasya berkenaan. Seri Paduka Baginda juga berkenan menzahirkan penghargaan kepada Majlis Sukan Negara, barisan jurulatih, pegawai serta semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak…

Read More

Zahid beri kata dua kepada MIC

BAGAN 21 Dis.  – Barisan Nasional (BN), memberi kata dua kepada MIC untuk menetapkan pendirian sama ada mahu kekal menjadi sebahagian parti komponen dalam BN, atau pihak kepemimpinan tertinggi BN membuat keputusan untuk mereka. Pengerusinya, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini belum ada keputusan dibuat mengenai kedudukan MIC dalam BN walaupun terdapat salinan surat beredar berhubung permohonan parti itu untuk diterima masuk ke dalam Perikatan Nasional (PN). “Ertinya, mereka sudah menjadi ahli PN dan kini mereka mahu masuk semula (ke dalam BN)…Itu sebabnya saya bercakap mengenai soal kesetiaan. Saya…

Read More

BN mahu GST dikembalikan

BAGAN – Barisan Nasional (BN) akan mendesak supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikembalikan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau juga menyifatkannya sebagai rejim cukai terbaik bagi memastikan keadilan serta hasil pendapatan negara lebih kukuh. Katanya, pendirian BN jelas, namun parti itu bersedia memberi ruang kepada sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada untuk diteruskan buat sementara waktu. “Pendirian BN adalah untuk mengembalikan GST. SST, kita beri peluang dahulu. Masih ada baki dua tahun lagi. “Tetapi selepas PRU16, kita menuntut supaya…

Read More

Indonesia mahu bina 2,600 unit rumah

JAKARTA 21 Dis. – Kira-kira 2,600 rumah kekal akan dibina dalam tempoh terdekat bagi penduduk yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Sumatera dalam tempoh terdekat, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tito Karnavian. Beliau berkata pembinaan itu adalah inisiatif Kementerian Perumahan dan Penempatan yang diterajui Menteri Maruarar Sirait dengan kerjasama beberapa yayasan. Bercakap pada sidang media di Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma, di sini, beliau berata lebih 10 hari pihaknya melakukan pemeriksaan di lokasi terbabit dengan keseluruhan 2,600 unit. Menurut Karnavian, pembinaan rumah kekal itu akan dilaksanakan di tiga…

Read More

Rayuan AS$521.6 juta dana FAO

MANILA 21 Dis.  – Sebanyak AS$521.6 juta dana diperlukan bagi membantu Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) meningkatkan pengeluaran makanan dan penyelesaian pertanian berdaya tahan iklim di Asia dan Pasifik, termasuk Filipina. Jumlah itu adalah sebahagian daripada Rayuan Kecemasan dan Ketahanan Global FAO bernilai AS$2.5 bilion bagi 2026, yang bertujuan menyokong lebih 100 juta orang di 54 negara dan wilayah. FAO dalam satu kenyataan media  memaklumkan rayuan global itu akan membiayai intervensi kecemasan menyelamatkan nyawa, termasuk pengagihan benih dan peralatan, kempen kesihatan haiwan, pemulihan mata pencarian secara pantas…

Read More

94 mayat ditemukan tertimbus

GAZA  – Sebanyak 94 mayat rakyat Palestin ditemukan tertimbus di bawah runtuhan di wilayah itu semalam  (Sabtu), demikian menurut kenyataan Pertahanan Awam Gaza. Menurut organisasi berkenaan,  mayat-mayat itu dijumpai di kawasan tengah bandaraya Gaza dan dipindahkan ke jabatan forensik di Kompleks Perubatan Al-Shifa bagi urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Syuhada di Deir al-Balah. Ribuan rakyat Palestin dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah di Gaza sejak bermulanya perang Israel ke atas wilayah itu pada Oktober 2023. Pertahanan Awam berkata pihaknya, dengan kerjasama kementerian kesihatan dan hal ehwal agama…

Read More