ALOR SETAR 13 Dis. – Kedah akan meneliti proses undang-undang seterusnya susulan keputusan Mahkamah Rayuan,, yang tidak memihak kepada kerajaan negeri dalam isu sekatan lesen premis perjudian di Kedah. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria, yang kecewa dan terkilan dengan keputusan itu akan mengadakan perbincangan bersama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor. Ia akan disusuli pertemuan dengan Penasihat Undang-Undang Negeri bagi meneliti hala tuju tindakan selepas ini berhubung perkara itu. “Saya amat kecewa dan terkilan dengan keputusan hasil proses perundangan yang telah menyekat hasrat dan usaha…
Read MoreDay: December 13, 2025
“Saya tidak pernah curi wang parti”
SEPANG 13 Dis. – Pengerusi Bersatu, Muhyiddin Mohd Yassin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dibuat Dr Mahathir Mohamad menerusi sebuah video tular yang mendakwa beliau mencuri wang parti dan menyimpannya di rumah sendiri. “Ini adalah tuduhan liar berbentuk sangkaan yang amat tidak berasas sama sekali. Saya tidak pernah mencuri wang parti. Semua sumbangan kepada parti dimasukkan ke dalam akaun parti yang diuruskan secara telus oleh Bendahari Agung,” katanya. Dalam kenyataannya hari ini, Muhyiddin berkata, dakwaan sedemikian kemungkinan timbul susulan maklumat tidak benar yang diterima Mahathir daripada pihak tidak bertanggungjawab. Menurut Muhyiddin, sebagai…
Read MoreUEC tidak boleh diiktiraf atas tekanan politik
PUTRAJAYA 13 Dis. – Sebarang cadangan berkaitan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak boleh diputuskan berdasarkan tekanan politik atau tuntutan sempit mana-mana pihak. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebaliknya berkata, ia mesti berpaksikan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru pendirian Kerajaan Madani kekal tegas bahawa kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu merupakan prinsip asas negara yang tidak boleh dikompromi dan terkecuali kepada semua aliran pendidikan. Katanya, selaras dengan penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua aliran pendidikan termasuk Cina,…
Read MoreEtika pakaian bukan isu partisan
SEPANG 13 Dis. – Tindakan kerajaan untuk menilai semula pekeliling berkenaan etika pemakaian di premis kerajaan selepas desakan satu pihak politik menunjukkan kelemahan komitmen terhadap nilai kesopanan yang sekian lama menjadi norma negara. Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata etika berpakaian bukan isu partisan, sebaliknya asas pendidikan sosial yang membentuk disiplin rakyat tanpa pengecualian yang tidak seharusnya dilonggarkan, tetapi wajar dipertahankan. “Tindakan anggota polis tidak membenarkan seorang wanita memasuki pekarangan sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Melaka harus dipuji dan dipertahankan, kerana ia langkah mendidik masyarakat agar…
Read More