“Jika sayang Bersatu, lepaskanlah parti ini”

IPOH 10 Dis. – Desakan supaya Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatan Presiden Bersatu berterusan apabila 14 bahagian Bersatu Perak membuat gesaan yang sama dengan mengambil kira kebimbangan survival parti mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Sebelum ini, 20 daripada 24 Ketua Bahagian Bersatu Sabah menuntut Muhyiddin meletakkan jawatan susulan keputusan buruk pada PRN yang menyaksikan mereka tewas di semua 36 kerusi yang ditandingi. Ketua Bersatu Bahagian Pasir Salak, Zainol Fadzi Paharudin, berkata Muhyiddin perlu berbesar hati dan mengambil tanggungjawab atas segala yang berlaku di dalam parti itu dengan bermuhasabah diri…

Read More

Dua wakil PKR angkat sumpah Senator

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, hari ini. Fuziah juga adalah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, yang dilantik pada tahun 2022. Turut mengangkat sumpah Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy, juga dari PKR yang kali pertama mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada 10 Disember 2022. Dalam ucapannya, Awang Bemee mengucapkan tahniah kepada kedua-dua senator atas pelantikan semula. Katanya,…

Read More

ADUN Sukau Pengerusi UMNO Sabah

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah,  Jafry Ariffin dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang baharu menggantikan Allahyarham Bung Moktar Radin. Pelantikan Jafry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau mengikut fasal 12.5 Perlembagaan UMNO. Setiausaha Agung UMNO  Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi juga bersetuju melantik Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO  Mohd Hasnol Ayub sebagai Timbalan Pengerusi yang sebelum ini disandang Rahman Dahlan. Dalam kenyataan ringkasnya, beliau juga memaklumkan ADUN Tanjung Batu, Samasuddin Yusop dilantik sebagai Setiausaha. “Pelantikan…

Read More

738 kali Israel langgar gencatan senjata

GAZA – Hamas meminta pengantara memberi tekanan kepada Israel supaya menyelesaikan pelaksanaan fasa pertama gencatan senjata selepas mendakwa rejim itu melanggar perjanjian gencatan senjata sekurang-kurangnya 738 kali sejak ia berkuat kuasa pada Oktober lalu. Pegawainya, Husam Badran, berkata, gencatan senjata tidak boleh diteruskan selagi Israel terus melanggar perjanjian berkenaan dan mengelak daripada menunaikan komitmennya. Gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu memberi tumpuan kepada pertukaran tawanan yang ditahan di Gaza dengan tahanan Palestin di penjara Israel, serta pengunduran sebahagian pasukan Israel dari Gaza. Bagaimanapun, butiran untuk fasa seterusnya…

Read More

Lebih 500 sekolah di sempadan tutup

PHNOM PENH – Pertempuran berterusan di sempadan dengan Thailand memaksa Kemboja setakat 9 Disember menutup 514 sekolah di wilayah sempadan yang menjejaskan kira-kira 130,000 pelajar dan 4,650 guru. Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan, wilayah yang paling terjejas ialah Oddar Meanchey, Preah Vihear dan Banteay Meanchey. Sementara itu, Setiausaha Rendah Negara merangkap Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja Leftenan Jeneral Maly Socheata, berkata,  tujuh orang awam Kemboja terbunuh dalam konflik yang kembali tercetus petang Ahad lalu. Manakala Menteri Penerangan Kemboja Neth Pheaktra berkata sekurang-kurangnya 16,568 keluarga Kemboja melibatkan 54,550 orang telah…

Read More