Serangan selepas arahan pindah

BEIRUT – Selepas mengeluarkan arahan pemindahan membabitkan kawasan bandar utama Baalbek di timur dan bandar selatan Tyre, Lubnan Israel melancarkan serangan udara di kawasan berhampiran.

Serangan udara itu berlaku ketika Perdana Menteri Lubnan mengutuk Israel kerana mengeluarkan amaran berpindah di seluruh kawasan dan menggesa tekanan diplomatik dikenakan bagi menghentikan serangannya yang sudah berlanjutan lebih sebulan.

Menurut pertahanan awam, serangan ke atas Al-Hawsh, berhampiran Tyre memusnahkan enam bangunan.

Media melaporkan serangan itu berlaku serentak dengan arahan pemindahan orang awam dari kem Rashidieh yang menempatkan pelarian Palestin, berhampiran Tyre.

Pesawat perang musuh turut menyerang penyelamat yang bersekutu dengan Hizbullah di Tyre.

Katanya, pasukan ambulans yang cuba menyelamatkan anak kapal turut diserang sebanyak dua kali.

Kem itu, terletak kira-kira lima kilometer (tiga batu) dari Tyre, iaitu satu daripada penempatan terbesar dan paling sesak di Lubnan.

Menurut laporan, pesawat Israel melancarkan empat serangan berhampiran Baalbek selepas mengeluarkan amaran pemindahan meliputi bandar utama di timur itu untuk hari kedua berturut-turut.

Baalbek yang terkenal dengan penganjuran festival muzik antarabangsa setiap tahun turut menghantar surat terbuka menyeru ‘tindakan pantas untuk menghentikan serangan berulang’ ke atas bandar itu.

Bandar terbabit turut menempatkan satu daripada kompleks kuil Rom terbesar di dunia yang turut tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Setakat ini, lokasi terbabit tidak dijadikan sasaran serangan walaupun arahan pemindahan turut dikeluarkan.

Related posts

Leave a Comment