Bersatu Sabah desak Muhyiddin berundur

KOTA KINABALU 3 Dis. –  Muhyiddin Yassin diminta bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk Bersatu pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah baru-baru ini dengan meletak jawatan sebagai Presiden parti. Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Yunus Nurdin mendakwa kekalahan semua 33 kerusi yang ditandingi Bersatu atas tiket Perikatan Nasional (PN) adalah disebabkan kelemahan Muhyiddin. Katanya, ketika jentera Bersatu melakukan persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya, mereka berdepan pelbagai pergolakan dalaman termasuk pemimpin bahagian dan ahli diambil tindakan malah dipecat kerana mengkiritik kepemimpinan presiden. Yunus yang juga Ahli Majlis Pimpinan Bersatu juga mendakwa…

Read More

Meneruskan tanggungjawab di KPT

PUTRAJAYA 3 Dis. – Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan, pelantikan semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua adalah sebagai tanggungjawab untuknya meneruskan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Negara sebagai Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) Zambry turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang melanjutkan tugas beliau sebagai senator sehingga 2 Disember 2028. “Saya menganggap ini satu tanggungjawab yang perlu diteruskan,” katanya kepada media mengulas upacara angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Awang Bemee Awang Ali Basah. Selain Zambry, turut…

Read More

Musim tengkujuh punca harga sayur naik

SERDANG 3 Dis. – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tidak menafikan peningkatan harga sayur sehingga 50 peratus seperti dilaporkan baru-baru ini berpunca daripada musim tengkujuh yang melanda negara. Katanya, kerajaan akan cuba mencari jalan untuk menyeimbangkan harga mengikut kepuasan pengguna dan juga penjual. “Kadang-kadang pada musim tengkujuh, misalnya yang berlaku di kawasan Utara Semenanjung, harga sayur akan sedikit meningkat. Apabila musimnya kembali pulih, ia akan kembali seperti biasa. “Harga sayur turun naik dari semasa ke semasa, termasuk juga sayuran import daripada luar negara. Justeru, kerajaan akan…

Read More

MAHA 2026 sasar 4 juta pengunjung

SERDANG 3 Dis. – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang akan diadakan pada 28 Ogos hingga 6 September 2026 bakal disertai oleh 2,000 pempamer termasuk dari luar negara dengan sasaran empat juta pengunjung. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata, di samping itu MAHA menjangkakan nilai pemeteraian memorandum persefahaman dan memorandum perjanjian sebanyak RM8 bilion dan transaksi jualan RM58 juta. Katanya, penganjuran MAHA di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) itu, bakal mengangkat tema ‘Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan’ yang menampilkan visi Malaysia untuk membangunkan ekosistem…

Read More

Tengku Zafrul Pengerusi MIDA

PUTRAJAYA 3 Dis.  – Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa hari ini bagi tempoh dua tahun. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, pelantikan itu dipersetujui oleh Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim. Menurut kenyataan itu, selain mengetuai MIDA, Zafrul juga akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang kini sedang diperincikan. “Tanggungjawab tambahan itu akan diumumkan kemudian oleh Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu. Tengku Zafrul mengakhiri tugasnya sebagai Menteri MITI berkuat kuasa 2 Disember 2025 selepas tempoh dua…

Read More

3 menteri dilantik semula Senator

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Tiga anggota jemaah menteri mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara untuk penggal kedua bagi menyambung perkhidmatan mereka dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan. Mereka ialah Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pendidikan Tinggi, Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Mohd Na’im Mokhtar. Upacara mengangkat sumpah berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Awang Bemee Awang Ali Basah. Pelantikan semula mereka yang kali pertama mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada 3 Disember 2022, berkuat kuasa hari ini sehingga…

Read More

Israel tembak mati dua remaja

BAITULMUQADDIS – Tentera Israel mengumumkan telah menembak mati dua penyerang yang didakwa menyerang askar dalam insiden berasingan di Tebing Barat yang dijajah. Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengenal pasti mangsa yang terkorban sebagai remaja berusia 17 dan 18 tahun. Tentera Israel (IDF) menyatakan serangan pertama berlaku pada petang Isnin berhampiran Hebron, di selatan wilayah Palestin, di mana seorang anggota wanita cedera ringan dalam serangan merempuh kereta. Dalam satu kenyataan, tentera berkata selepas mengejar penyerang, pasukan Israel cuba menahannya. Penyerang cuba melarikan diri sambil membahayakan pasukan, yang bertindak balas dengan melepaskan tembakan…

Read More

Korban banjir Sumatera 708 orang

JAKARTA – Angka korban akibat banjir dan tanah runtuh di Pulau Sumatera, Indonesia meningkat kepada 708 orang setakat semalam (Selasa), Pada masa sama, pihak berkuasa bergegas membaiki infrastruktur dan menyalurkan bantuan ke kawasan terputus hubungan. Hampir 900 orang dilaporkan maut akibat banjir dan tanah runtuh yang menyebabkan kemusnahan besar di Indonesia, Malaysia dan Thailand. Ia susulan cuaca buruk yang berlanjutan di di Asia Tenggara. Keadaan itu turut dipengaruhi oleh beberapa taufan yang melanda Filipina dan Vietnam sekali gus memburukkan lagi banjir berulang dan berpanjangan di kawasan lain. Pakar alam sekitar…

Read More