JAKARTA – Angka korban akibat banjir dan tanah runtuh di Pulau Sumatera, Indonesia meningkat kepada 708 orang setakat semalam (Selasa),
Pada masa sama, pihak berkuasa bergegas membaiki infrastruktur dan menyalurkan bantuan ke kawasan terputus hubungan.
Hampir 900 orang dilaporkan maut akibat banjir dan tanah runtuh yang menyebabkan kemusnahan besar di Indonesia, Malaysia dan Thailand.
Ia susulan cuaca buruk yang berlanjutan di di Asia Tenggara.
Keadaan itu turut dipengaruhi oleh beberapa taufan yang melanda Filipina dan Vietnam sekali gus memburukkan lagi banjir berulang dan berpanjangan di kawasan lain.
Pakar alam sekitar dan pegawai tempatan memaklumkan penebangan hutan di Sumatera menyumbang kepada angka korban yang tinggi.
Agensi bencana Indonesia memaklumkan bahawa pasukan mereka kini memberi keutamaan kepada penghantaran bantuan melalui darat, laut dan udara selain membersihkan jalan yang terhalang dan membaiki infrastruktur rosak.
Nnn
