Hajiji yakin keupayaan Kabinet baharu

KOTA KINABALU 1 Dis. – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yakin Jemaah Menteri yang baharu dilantik berupaya memacu kemajuan negeri menerusi pelaksanaan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0. Beliau merakamkan tahniah kepada semua menteri yang mengangkat sumpah jawatan hari ini, di samping mengingatkan bahawa amanah itu membawa tanggungjawab besar dalam meneruskan agenda pembangunan negeri. “Tanggungjawab ini besar maknanya dan saya berharap agar anda memikul amanah ini dengan dedikasi yang tidak berbelah bahagi. Berkhidmat kepada rakyat Sabah tanpa mengira latar belakang dan laksanakan tugas dengan penuh…

Read More

BN diterima sertai Kabinet Sabah

KOTA KINABALU 1 Dis. – Barisan Nasional (BN) yang memenangi enam kerusi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah baru-baru ini diterima menganggotai Kabinet kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Sebelum itu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sokongan kepada Hajiji Noor dan mengemukakan calon untuk jawatan Kabinet. Pada istiadat angkat sumpah jawatan di Istana Seri Kinabalu hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Jafry Ariffin yang mewakili BN mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar. Majlis angkat sumpah Jemaah Menteri kerajaan negeri Sabah itu berlangsung…

Read More

Pemuda Gagasan Rakyat tolak BN

KOTA KINABALU 1 Dis.  – Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menolak sebarang usaha membawa Barisan Nasional (BN) menyertai Kerajaan GRS Plus yang diterajui Ketua Menteri, Hajiji Haji Noor. Dalam kenyataan hari ini, sayap pemuda parti itu berpendirian, kerajaan negeri yang dibentuk menerusi gabungan GRS Plus mempunyai kedudukan majoriti selesa, sekali gus tidak memerlukan penyertaan BN bagi mengukuhkan pentadbiran. Ia merujuk kepada komposisi semasa melibatkan GRS sebanyak 29 kerusi, Bebas (5), UPKO (3), Pakatan Harapan (1), KDM (1) serta dua kerusi STARSABAH. “Selain itu, kedudukan kerajaan akan bertambah kukuh…

Read More

PIS anggap kemenangan moral paling besar

PUTRAJAYA 1 Dis.  – Parti Impian Sabah (PIS) yang pertama kali mencuba nasib dalam pilihan raya menerima kekalahan dengan hati terbuka apabila kesemua 72 calonnya bukan sahaja tewas tetapi hilang wang pertaruhan. Presiden PIS, Michel Alok @ Ilok bagaimanapun menganggap kekalahan ini sebagai ‘yuran pengajian’ yang mahal dalam ‘Sekolah Demokrasi’. Beliau yang tewas di kawasan Dewan Undangan (DUN) Telupid dan hilang wang pertaruhan  berkata di sebalik kekalahan itu, PIS mencapai kemenangan moral dan maruah dengan membuktikan politik integriti masih wujud. “Kami bertanding tanpa politik wang, memilih jalan bersih, menolak rasuah, …

Read More

Larangan guna telefon bimbit

SINGAPURA – Mulai Januari 2026, pelajar sekolah menengah di Singapura tidak dibenarkan menggunakan telefon pintar atau jam tangan pintar sepanjang waktu persekolahan termasuk ketika waktu rehat dan aktiviti kokurikulum. Kementerian Pendidikan (MOE) dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu bertujuan memupuk tabiat penggunaan skrin yang lebih sihat dalam kalangan pelajar. Ketika ini, garis panduan sedia ada hanya melarang penggunaan peranti terbabit semasa waktu pembelajaran. Namun, mulai 2026, larangan itu akan diperluaskan meliputi waktu bukan pembelajaran seperti rehat, aktiviti kokurikulum serta kelas tambahan dan pemulihan. Peranti pelajar akan disimpan di kawasan khas atau…

Read More

Lebih 40 pejuang Palestin dibunuh

BAITULMUQADDIS  – Tentera Israel mendakwa mereka membunuh lebih 40 anggota kumpulan pejuang Palestin, Hamas sepanjang minggu lalu dalam operasi menyasarkan terowong berhampiran Rafah di Jalur Gaza. Menurut kenyataan tentera,  empat lagi pejuang Hamas terbunuh ketika muncul dari bawah tanah di bandar paling selatan wilayah itu pada waktu malam. Sepanjang 40 hari lalu, tentera menumpukan usaha di timur Rafah untuk merobohkan laluan terowong bawah tanah yang masih ada dan menumpaskan ‘pengganas’ yang bersembunyi di dalamnya. Selain itu, puluhan terowong dan tapak infrastruktur pengganas, sama ada di atas atau bawah tanah, telah…

Read More