Palestin: Pendirian Netanyahu tak berubah

NEW YORK – Menjelang pengundian draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang dijadualkan Isnin, Israel melancarkan usaha terakhir untuk mempengaruhi Amerika Syarikat (AS) menggugurkan sebarang rujukan kepada penubuhan negara Palestin. Resolusi yang digubal oleh AS itu menyokong pelan damai Gaza oleh Presiden Donald Trump dan mencadangkan penubuhan pasukan penstabilan antarabangsa di wilayah tersebut. Bagaimanapun , pindaan terkini menyebut kemungkinan wujudnya “laluan yang boleh dipercayai” ke arah penentuan nasib sendiri dan penubuhan negara Palestin, perkara yang ditentang keras oleh kerajaan Israel. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan dalam mesyuarat…

Read More

MIC lulus usul keluar BN, sertai PN atau PH

SHAH ALAM 16 Nov. – Mesyuarat Perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-79 MIC sebulat suara bersetuju meluluskan usul untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyertai Perikatan Nasional (PN). Bagaimanapun, perwakilan bersetuju keputusan muktamad berhubung perkara itu ditangguhkan sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) akan datang, bagi memberi ruang kepada kepemimpinan tertinggi parti membuat pertimbangan menyeluruh. Presiden MIC, SA Vigneswaran pada sidang media bagaimanapun menegaskan CWC akan memutuskan sama ada MIC akan memilih PN atau mana-mana gabungan lain termasuk Pakatan Harapan (PH). Menurut Vigneswaran, dua usul dikemukakan pada AGM hari…

Read More

Warga emas cecah 14 % menjelang 2048

KOTA BHARU 16 Nov. – Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045 yang menggunakan pendekatan sepanjang hayat akan mempersiapkan Malaysia menghadapi impak ‘negara tua’, apabila golongan warga emas dijangka mencecah kira-kira 14 peratus daripada populasi Malaysia menjelang 2048. Pengarah Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Mohd Shahrim Hussin. berkata, rangka tindakan itu menekankan enam bidang utama iaitu ekonomi, pekerjaan, pendidikan, perlindungan sosial, kesihatan dan penjagaan jangka panjang. “Ia menjadi panduan JPA dalam usaha menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada pesara,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah MyPesara 2025 sempena Karnival MyPesara, di…

Read More

Warga emas dijangkiti selesema burung

WASHINGTON – Seorang individu, lelaki warga emaa di Amerika Syarikat (AS) dijangkiti subjenis selesema burung H5N5, kali pertama strain tersebut dikesan pada manusia. Menurut pihak berkuasa kesihatan di Negeri Washington, virus itu dikesan melalui ujian yang dijalankan terhadap seorang lelaki dari wilayah Grays Harbour selepas beliau dimasukkan ke hospital dengan gejala selesema pada awal bulan ini. Virus itu dikesan melalui ujian yang dijalankan terhadap seorang lelaki dari wilayah Grays Harbour selepas beliau dimasukkan ke hospital dengan gejala selesema pada awal bulan ini, menurut Jabatan Kesihatan negeri berkenaan. Namun, pihak berkuasa…

Read More

Trump mahu saman BBC

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap BBC susulan suntingan ucapan beliau dalam dokumentari Panorama yang disiarkan pada Oktober 2024. Walaupun BBC telah memohon maaf secara terbuka, ia menolak tuntutan pampasan kewangan yang diminta oleh Trump. “Kami akan saman mereka antara AS$1 bilion hingga AS$5 bilion, mungkin minggu depan,” katanya kepada wartawan di atas pesawat Air Force One pada Jumaat. Beliau mendakwa suntingan tersebut telah “mengubah kata-kata dari mulut saya” dan memberi gambaran seolah-olah beliau menyeru tindakan ganas pada 6 Januari 2021. Trump menyifatkan…

Read More

Parti Perjuangan Rakyat bukan Pejuang

PUTRAJAYA  15 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan, Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17 pada 29 November ini. Sebaliknya, SPR dalam kenyataan media Bil.29/2025 malam ini memaklumkan Parti Perjuangan Rakyat (PR) yang meletakkan enam orang calon (termasuk di DUN N.25 Kapayan). Ini bermakan jumlah parti serta Bebas yang bertanding adalah 23 bukan 24 seperti dilaporkan melalui kenyataan media Bil.28/2025 yang turut menyenaraikan Pejuang bertanding satu kerusi. Terdahulu, Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid, dalam satu kenyataan menegaskan, parti itu tidak…

Read More

Calon orang muda, tua

KOTA KINABALU 15 Nov. – Calon Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Mohd Syafiq Iqhmal Saharuddin dan Mohammad Hisyam Hazaril (Perikatan Nasional (PN) ) diumumkan sebagai calon termuda yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17. Mohd Syafiq, 24, bertanding di kawassan Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam dalam Parlimen Lahad Datu manakala Mohammad Hisyam, 24, bertanding di DUN Klias (Parlimen Beaufort) Calon tertua pula mewakili PKS iaitu Uling @ Thomas Anggan, 86, yang bertanding di DUN Bingkor dalam Parlimen Keningau. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun…

Read More