Warga emas dijangkiti selesema burung

WASHINGTON – Seorang individu, lelaki warga emaa di Amerika Syarikat (AS) dijangkiti subjenis selesema burung H5N5, kali pertama strain tersebut dikesan pada manusia.

Menurut pihak berkuasa kesihatan di Negeri Washington, virus itu dikesan melalui ujian yang dijalankan terhadap seorang lelaki dari wilayah Grays Harbour selepas beliau dimasukkan ke hospital dengan gejala selesema pada awal bulan ini.

Virus itu dikesan melalui ujian yang dijalankan terhadap seorang lelaki dari wilayah Grays Harbour selepas beliau dimasukkan ke hospital dengan gejala selesema pada awal bulan ini, menurut Jabatan Kesihatan negeri berkenaan.

Namun, pihak berkuasa dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) terus mengklasifikasikan risiko terhadap orang awam sebagai ‘rendah’.

Lelaki itu yang memelihara unggas domestik yang mempunyai kontak dengan burung liar mempunyai masalah kesihatan sedia ada dan masih menerima rawatan di hospital.

Menurut laporan media AS, ini adalah kes pertama selesema burung pada manusia dalam tempoh sembilan bulan.

CDC mendokumenkan kes-kes di AS melibatkan individu yang dijangkiti selesema burung dan menurut  laman web agensi itu, terdapat 71 kes setakat ini, namun tidak jelas subjenis mana yang terbabit.

Selesema burung atau avian influenza ialah penyakit berjangkit yang sering membawa maut dalam banyak spesies burung dan unggas.

Sejak 2022, gelombang selesema burung terbesar yang pernah direkodkan berlaku di beberapa benua namun ia melibatkan virus H5N1 yang sangat patogenik.

Subjenis H5N1 ini juga boleh menjangkiti manusia pada dos jangkitan yang tinggi, meskipun kesnya jarang berlaku.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment