KOTA KINABALU 15 Nov. – Calon Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Mohd Syafiq Iqhmal Saharuddin dan Mohammad Hisyam Hazaril (Perikatan Nasional (PN) ) diumumkan sebagai calon termuda yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17.
Mohd Syafiq, 24, bertanding di kawassan Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam dalam Parlimen Lahad Datu manakala Mohammad Hisyam, 24, bertanding di DUN Klias (Parlimen Beaufort)
Calon tertua pula mewakili PKS iaitu Uling @ Thomas Anggan, 86, yang bertanding di DUN Bingkor dalam Parlimen Keningau.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, seramai 525 calon lelaki bertanding dalam PRN kali ini manakala 71 lagi wanita.
Katanya, 205 calon yang bertanding berumur 60 tahun ke atas, manakala 178 calon (50-59 tahun); 146 calon (40-49 tahun); 59 calon (30-39 tahun) dan lapan calon berusia antara 20-29 tahun.
Nnn
