KUALA LUMPUR 26 Nov. – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dr Shamsul Anuar Nasarah memberitahu Dewan Rakyat, seramai 24 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipecat kerana kesalahan rasuah dalam tempoh tiga tahun lalu. Beliau memberitahu, pemecatan itu dibuat antara Januari 2023 hingga Oktober 2025, yang menggambarkan usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh integriti dalam PDRM. “Lapan orang dibuang kerja pada 2023, diikuti empat pada 2024, manakala 12 dipecat antara Januari hingga Oktober tahun ini,” katanya pada penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 peringkat jawatankuasa bagi KDN hari ini. Shamsul Anuar, berkata kementerian…
Read MoreDay: November 26, 2025
SPRM akan panggil Albert Tei, Shamsul
SEPANG 26 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan pemberian rasuah oleh seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Albert Tei kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata pihaknya akan memanggil individu yang membuat dakwaan berkenaan iaitu Albert Tei serta individu yang dinamakan dalam dakwaan itu dalam masa terdekat untuk memberi keterangan. “SPRM akan memanggil pihak yang membuat tohmahan berkenaan iaitu Albert Tei serta pihak yang ditohmah iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar dalam masa terdekat bagi…
Read MorePutra tuntut kerajaan ambil 5 tindakan
SEPANG 26 Nov. – -Parti Bumiputera Perkasa (Putra) mendesak kerajaan mengambil lima tindakan segera berhubung pendedahan yang didakwa rasuah melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing. Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif berkata, dakwaan yang dilaporkan secara terbuka melalui media sosial bukan sekadar isu rasuah sebaliknya menyentuh soal amanah, tadbir urus, integriti, dan maruah pentadbiran. “Jangan biarkan slogan Madani menjadi perisai kerakusan kuasa dan permainan politik yang mencemarkan nama baik negara. Rakyat berhak tahu: siapa mengatur, siapa menerima, dan siapa…
Read MoreSPRM bebas siasat Shamsul Iskandar
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Anwar Ibrahim menerima peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanannya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau selama ini. Perdana Menteri pada masa yang sama juga menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas menjalankan siasatan tanpa sebarang campur tangan luar berhubung tuduhan terhadap bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu. “Saya menerima peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau,” kata Perdana Menteri melalui satu kenyataan, hari ini. Berhubung tuduhan yang timbul, Anwar menegaskan…
Read MoreWirawati tuntut ketelusan kos RM1.25b
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Wirawati Parti Bumiputera Perkasa (Putra) menuntut kerajaan melaporkan secara terperinci kos projek talian kecemasan Next Generation 999 (NG999) yang menelan belanja sebanyak RM1.25 bilion. Ketuanya, Nurhafizah Jamalludin berkata, laporan itu hebdalah meliputi pelbagai aspek termasuk pengoperasian, laporan tahunan atau audit prestasi, pelan penambahbaikan sistem kecemasan bertaraf global dan audit bebas Parlimen. “Projek ini sepatutnya menjadi tulang belakang keselamatan negara, namun sehingga hari ini, kerajaan masih gagal memberikan penjelasan penuh dan meyakinkan,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, walaupun kerajaan telah menjelaskan bahawa angka RM1.25 bilion…
Read MoreBerita pilihan…
Larangan jual, ambil daging anjing
JAKARTA – Bagi mencegah penularan penyakit rabies, pihak berkuasa Jakarta mengharamkan penjualan dan pengambilan daging anjing, kucing, dan kelawar untuk tujuan makanan. Gabenor Jakarta, Pramono Anung dalam kenyataan di media sosial, berkata beliau sudah menandatangani peraturan yang melarang penjualan haiwan pembawa penyakit rabies itu. Beliau berkata, larangan itu terpakai kepada ‘haiwan hidup, daging, atau produk lain, sama ada mentah atau diproses’ dan melarang sebarang ‘aktiviti berkaitan… haiwan pembawa rabies yang bertujuan untuk makanan’. Rabies atau Hydrophobia ialah sejenis penyakit virus yang sangat serius dan boleh membawa maut yang menyerang sistem…
Read MoreKos bangun semula Gaza AS$70 bilion
GENEVA – Usaha membangunkan semula kemusnahan akibat perang Hamas dan Israel di Semenanjung Gaza memerlukan kos lebih AS$70 bilion (RM289 bilion), demikian menurut laporan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD). Laporan itu juga menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Palestin pada akhir tahun lalu kembali ke paras 2003, pada paras AS$161 (kira-kira RM755) — antara yang terendah di peringkat global, sekali gus menghapuskan 22 tahun kemajuan pembangunan KDNK per kapitanya. Ekonomi Semenanjung Gaza dilaporkan merudum sebanyak 87 peratus sepanjang 2023-204, sekali gus menghapuskan kemajuan pembangunan yang…
Read More