Pertahan prinsip UPKO, Ewon letak jawatan

PUTRAJAYA 8 Nov. – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Ewon Benedick akan meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet Persekutuan selaras dengan prinsipnya untuk terus memperjuangkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dan hak-hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan. Menerusi hantaran di Facebook Ewon Benedick Official Media malam ini, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu berkata, beliau akan mengutus surat kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk memaklumkan peletakan jawatan  sebagai anggota Kabinet Persekutuan. “Saya berpegang kepada prinsip saya, sepertimana dalam Perlembagaan Parti UPKO untuk terus memperjuangkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 dan hak-hak Sabah…

Read More

Armizan tidak tanding kerusi DUN

PENAMPANG 8 Nov. – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,  Armizan Mohd Ali mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17. Ahli Parlimen Papar yang juga Timbalan Setiausaha Agung Gagasan Rakyat Sabah (GRS) menyangkal laporan sebuah portal berita yang mengaitkan beliau sebagai calon parti itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis. “Saya tidak berhajat untuk bertanding di kerusi DUN termasuk Pantai Manis. Kalau saya ada 48 jam sehari, mungkin saya boleh pertimbangkan. Saya sama macam anda semua, hanya ada 24 jam sehari, tanggungjawab…

Read More

Turkiye keluar waran tangkap Netanyahu

ISTANBUL – Turkiye mengumumkan bahawa telah mengeluarkan waran tangkap atas tuduhan genosid terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan beberapa pegawai kanan kerajaannya berhubung perang di Gaza. Pejabat pendakwa raya Istanbul dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa seramai 37 suspek disasarkan menerusi waran tangkap berkenaan, namun senarai penuh tidak didedahkan. Antara mereka yang disenaraikan termasuk Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz; Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben Gvir dan Ketua Turus Tentera, Leftenan Jeneral Eyal Zamir Pengumuman itu serta-merta disambut dengan penolakan keras di mana Menteri Luar, Gideon Saar, berkata Israel menolak dakwaan…

Read More

Serangan Israel cecah paras tertinggi

BAITULMUQADDIS : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, serangan dilakukan oleh penceroboh haram Israel ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat telah mencecah paras tertinggi dalam tempoh sebulan lalu. Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) mendedahkan, sebanyak 264 serangan dicatatkan sepanjang Oktober lalu, iaitu jumlah bulanan terbesar sejak PBB mula merekodkan kes itu pada 2006. Sejak 2006, OCHA telah mendokumentasikan lebih 9,600 serangan sedemikian, dan kira-kira 1,500 daripadanya berlaku pada tahun 2025 sahaja, atau kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan. Peningkatan itu berlaku walaupun gencatan senjata yang dipersetujui oleh Amerika…

Read More