KUALA LUMPUR 3 Nov. – Beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan menggesa tindakan tegas diambil terhadap Awang Hashim (PN-Pendang) kerana didakwa menyebut perkataan ‘Hulu Laknat’ semasa berucap di Dewan Rakyat. Awang didakwa menggunakan perkataan yang menghina dan bertentangan dengan prinsip keluhuran Perlembagaan dalam sesi penggulungan oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, Khamis lalu. Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan mendakwa, Awang dengan sengaja beberapa kali menyebut perkataan ‘Hulu Laknat’ semasa berucap di Dewan Rakyat. Katanya, perkataan itu difahami membawa maksud menghina dan secara jelas merujuk kepada Hulu Langat yang…
Read MoreDay: November 3, 2025
ART: Putra desak tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja
SEPANG 3 Nov. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menuntut tiga tindakan segera termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat keseluruhan proses Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia–Amerika. Presiden Putra, Dr Ibrahim Ali berkata, usul yang diluluskan pada Persidangan Agung Putra kali ke 6 semalam mahu siasatan menyeluruh dilakukan bermula dari rundingan hingga tandatangan, termasuk pengaruh luar, konflik kepentingan dan pelanggaran tatacara. Katanya, Putra juga menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Zafrul Abdul Aziz juga mesti hadir ke Parlimen untuk menjelaskan setiap…
Read MorePenyasaran subsidi gula, beras, minyak masak
KUALA LUMPUR 3 Nov. – Dewan Rakyat hari ini diberitahu, kerajaan akan meneliti penyasaran subsidi membabitkan barangan asas seperti gula, beras dan minyak masak secara berfasa selepas pelaksanaan subsidi bahan api berjalan lancar. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata langkah penyasaran subsidi akan dilaksanakan lebih menyeluruh bagi memastikan tiada ketirisan dan menjamin kemudahan itu hanya dinikmati oleh mereka yang benar-benar memerlukan. Katanya, buat masa ini, keutamaan kerajaan adalah memastikan kelancaran pelaksanaan program penyasaran subsidi bahan api seperti diesel dan Budi Madani Ron95 (BUDI 95) sebagai asas kepada penstrukturan subsidi…
Read MoreHalal: Perakuan “Muslim Choice” tidak diiktiraf
PUTRAJAYA 3 Nov. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan penggunaan istilah ‘Muslim Choice’ atau seumpamanya yang diperkenalkan mana-mana pihak, bukan perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf pihak berkuasa. Ini termasuk istilah yang dikeluarkan Pasukan Pemantau Mesra Muslim (Muslim-Friendly Watch – MFW), yang bukan sahaja tidak diiktiraf sebaliknya boleh mengelirukan masyarakat berhubung status halal sesuatu produk atau premis. Ketua Pengarahnya, Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata hanya Jakim dan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri (MAIN/JAIN) diberi kuasa mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) serta memberi kebenaran penggunaan logo Halal Malaysia kepada mana-mana pihak…
Read MoreBerita pilihan…
Ketua peguam tentera Israel letak jawatan
TEL AVIV – Ketua peguam tentera Israel, Mejar Jeneral Yifat Tomer-Yerushalmi, meletak jawatan selepas mengakui membocorkan rakaman video insiden rogol beramai-ramai terhadap seorang tahanan Palestin tahun lalu. Rakaman yang menunjukkan penderaan seksual terhadap tahanan lelaki Palestin oleh beberapa anggota tentera, tersebar kepada media pertengahan Ogos 2024, mencetuskan kemarahan awam dan tekanan politik daripada kumpulan pelampau kanan di Israel. Dalam kenyataan peletakan jawatannya, Tomer-Yerushalmi menyatakan bahawa keputusan untuk membocorkan rakaman di kemudahan penahanan Sde Teiman itu dibuat bagi menentang tekanan politik yang cuba menutup siasatan terhadap jenayah tersebut. Beliau turut menyatakan…
Read MoreLagi 236 penduduk Palestin terbunuh
GAZA – Sekurang-kurangnya 236 penduduk Palestin terbunuh dan lebih 600 lagi cedera akibat serangan berterusan Israel selepas gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa sejak bulan lalu. Pada masa yang sama, rakyat Palestin di Semenanjung Gaza terus bergelut dengan kelaparan, kesejukan dan kehilangan nyawa di tengah kepungan ketat Israel yang berlanjutan, sejak gencatan senjata diumumkan. Keadaan semakin meruncing apabila bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan bekalan asas gagal disalurkan secara konsisten. Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, dalam tempoh 24 jam terakhir, tiga lagi mayat ditemukan di bawah runtuhan bangunan,…
Read More