54 juta kunjungi dua masjid suci

MAKKAH – Lebih 54 juta umat Islam mengunjungi Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah sepanjang Rabiulakhir, bermula pada 23 September hingga 22 Oktober lalu. Menurut Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi, dalam tempoh itu lebih 17 juta umat Islam berhimpun untuk beribadah di Masjidilharam termasuk 11 juta orang yang menunaikan umrah. Masjidilharam dengan keluasan sehingga 456,000 meter persegi mampu untuk menampung sehingga 1.2 juta jemaah. Sementara itu, Masjid Nabawi pula menerima lebih 21 juta jemaah, dengan dua juta orang mengunjungi Al-Rawdah Al-Sharifah dan…

Read More

Gerakan jatuhkan Muhyiddin sudah lama

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Gerakan untuk menjatuhkan Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yassin, didakwa sudah bermula sejak Ahli Parlimen Pagoh itu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2021. Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin, Dr Marzuki Mohamad,  berkata berdasarkan pemerhatiannya, berlaku perubahan sikap yang ketara dalam kalangan beberapa pemimpin kanan parti selepas peletakan jawatan itu. “Mereka mula menjauhkan diri dari Muhyiddin dan arahannya tidak diambil serius malah mesej-mesej yang dihantar melalui telefon berhari-hari tidak dijawab. Malah seorang pemimpin sayap muda parti yang boleh dikatakan ‘anak emas’ Muhyiddin, mula bercakap secara terang-terangan…

Read More

MB Perlis, Saifuddin digugur Pengerusi PN

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (MPTN) malam tadi menggugurkan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli sebagai Pengerusi PN Pahang dan Perlis. Mulai hari ini, Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai PN Pahang manakala Ahli Parlimen Arau, yang juga ahli jawatankuasa Pas Pusat, Dr Shahidan Kassim sebagai Pengerusi PN Perlis. Setiausaha Agung PN, Mohamed Azmin Ali mengumumkan demikian dalam satu kenyataan malam tadi selepas mesyuarat yang dipengerusikan Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN. Bagi jawatan Pengerusi PN Johor,…

Read More

Menang Presiden Cameroon penggal ke-8

YAOUNDE – Bagi penggal kelapan, Paul Biya yang berusia 92 tahun mengekalkan kedudukan sebagai Presiden Cameroon, selepas memenangi pilihan raya yang penuh kontroversi dan dipertikaikan oleh pembangkang. Menurut Majlis Perlembagaan negara itu, Biya memperoleh 53.7 peratus undi, menewaskan pencabar utama, Issa Tchiroma Bakary yang meraih 35.2 peratus undi. Biya mula memegang jawatan itu pada 1982 dan memansuhkan had tempoh jawatan presiden pada tahun 2008 dan sentiasa memenangi pilihan raya presiden dengan margin undi yang selesa. Dalam kenyataan selepas kemenangan diumumkan, Biya mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana terus memberi kepercayaan…

Read More

Trump mahu tanding bagi penggal ketiga?

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak menolak kemungkinan untuk bertanding semula jawatan Presiden bagi penggal ketiga, walaupun Perlembagaan negara itu melarang perkara tersebut. Dalam satu kenyataan kepada media semasa lawatannya ke Asia, Trump berkata, beliau “suka” dengan idea untuk kembali ke White House, tetapi menolak cadangan untuk bertanding sebagai Naib Presiden pada 2028. Bagi mengelak dengan larangan Perlembagaan, ada penyokong mencadangkan Trump bertanding Naib Presiden. “Saya rasa orang ramai tidak akan suka. Ia terlalu licik. Ia tidak betul,” katanya kepada wartawan semasa dalam penerbangan dari Malaysia ke…

Read More

Amanah tanding di kubu Warisan

KOTA KINABALU – Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan, Mohd Julpikar Ab Mijan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan  (DU) Sabah bulan depan. Nama pendidik, aktivis sosial dan tokoh masyarakat dari Semporna itu diumumkan Presidennya, Mohamad Sabu dalam Konvensyen Amanah Negeri Sabah 2025 bertempat di Golden Hotel, Sembulan, di sini. Dalam ucapannya, beliau berkata, PRN kali ini menuntut kesungguhan tinggi dan perancangan strategik daripada setiap peringkat parti bagi memastikan AMANAH berjaya memperoleh kerusi di negeri ini. PRN Sabah nanti memerlukan kesungguhan…

Read More

Sangkal AS jejas kedaulatan Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Perjanjian dagangan baharu antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) tidak menjejaskan kedaulatan Malaysia, sebaliknya memperkukuh kerjasama dua hala, kata Duta AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan. Beliau menolak pandangan bahawa klausa timbal balik dalam perjanjian itu boleh menekan Malaysia supaya menyertai sekatan dagangan AS pada masa depan. Pada satu sidang media, beliau menambah bahawa kedua-dua negara sentiasa bersikap terbuka terhadap perbezaan pandangan, namun tetap menghormati kedaulatan masing-masing dalam membuat keputusan bersama. “Saya berpandangan bahawa perjanjian ini sebenarnya melindungi kedaulatan Malaysia dengan menegaskan bahawa Malaysia membuat…

Read More

Video aksi Trump menari tarik 21.5 juta tontonan

KUALA LUMPUR 27 Okt . – Video tular yang memaparkan aksi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menari semasa tiba di KLIA semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan menarik lebih 21.5 juta tontonan di pelbagai platform. Menurut Penasihat Trump, Alex Bruesewitz, video itu mempunyai daya tarikan yang kuat sehingga meningkatkan populariti dalam media sosial. “Video yang dirakam oleh @margomartin memaparkan Presiden Trump menari di Malaysia melepasi satu juta tanda suka dalam Instagram @TeamTrump dan meraih 21.5 juta tontonan. Video itu turut menerima 17.1 juta tontonan…

Read More