RAMALLAH – Suruhanjaya Siasatan Bebas Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan, tentera Israel melakukan jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan genosid di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023. Menurut ahli suruhanjaya itu, Chris Sidoti, siasatan dijalankan selama dua tahun dan berdasarkan pengumpulan lebih 16,000 bahan bukti yang didokumenkan, termasuk foto dan rakaman video yang disahkan serta disokong oleh keterangan saksi mengikut protokol ketat PBB. Katanya, suruhanjaya berkenaan menggunakan keterangan mangsa dan saksi, imej satelit serta analisis forensik digital bagi mendokumentasikan pelanggaran secara tepat. Beliau menegaskan, mandat suruhanjaya itu bukan sekadar…
Read MoreMonth: October 2025
Media Hari Ini Khamis 30.10.2025
Tidak persoal penjawat awam
KUALA LUMPUR 29 Okt. – Pembangkang tidak mempersoalkan kredibiliti penjawat awam sebaliknya hanya membangkitkan isu terkait kandungan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) di Dewan Rakyat. Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin berkata, pihak kerajaan tidak seharusnya melenting lalu terus menuding ke arah Ahli Parlimen pembangkang kononnya mempersoal kredibiliti penjawat awam. Sebagai individu yang pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar, beliau tahu kesibukan bekerja pada waktu berbeza kerana pernah berada dalam situasi itu termasuk merasai pengalaman bekerja dengan penjawat awam. “Jika anda jumpa penjawat awam, anda tahu mereka akan beritahu…
Read MoreBerita pilihan…
Israel lancar serangan udara ke atas Gaza
TEL AVIV – Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang, susulan dakwaan bahawa Hamas melanggar perjanjian gencatan senjata dan penemuan mayat tebusan yang didakwa direka. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan tentera melancarkan “serangan segera dan berkuasa” ke atas Semenanjung Gaza. Menurut pegawai tentera Israel, anggota Hamas telah menyerang pasukan Israel di timur Garisan Kuning – sempadan antara kawasan yang diduduki Israel dan wilayah Gaza – menggunakan pelancar bom tangan (RPG) dan penembak tepat. Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, memberi amaran Hamas akan membayar “harga…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 29.10.2025
Penyerahan Kekayaan Negara8
1.Hitam putih. Tiada yang kelabu. 2.Begitulah perjanjian yang dimasuki antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Lihat saja pada terma perjanjian. Berat sebelah. Memihak pada Amerika Syarikat. 3. Klausa 2.1 Perjanjian tersebut menyatakan Malaysia tidak boleh kenakan lesen pengimportan pada barangan berasal dari Amerika dalam bentuk yang menghadkan kemasukan barangan tersebut. Tidak boleh kenakan syarat yang akan mengurangkan daya saing produk Amerika. 4.Klausa 2.3 menyatakan Malaysia mesti memberikan akses tanpa diskriminasi atau akses pasaran keutamaan kepada produk-produk pertanian dari Amerika. Ini termasuk produk keju dan daging yang sebelum ini mempunyai standad…
Read MoreTrump datang berbilion kita bagi Amerika
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Seorang penyokong kerajaan dukacita dengan tindakan kerajaan menandatangani perjanjian jual beli gas asli cecair (LNG) dengan Amerika Syarikat (AS) yang disifatkannya pemunggahan harta negara miskin kepada Amerika. Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) menyifatkan langkah yang diambil kerajaan semasa Presiden negara itu hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN, kelmarin seperti satu penggadaian negara kepada AS dan menuntut penjelasan di Dewan Rakyat. “Bagaimana ini, Yang Amat Berhormat Tambun ( Anwar Ibrahim) apa sudah jadi? “Beratus tahun negara kita mempertahankan melawan Belanda, Portugis, Inggeris, kita merdeka, tapi hari ini…
Read MorePemilih daftar sehingga Ogos layak mengundi
KOTA KINABALU 28 Okt. – Hanya pemilih yang berdaftar sehingga Ogos lalu layak untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 yang dijadualkan pada 29 November depan. Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), nanti ialah sehingga Daftar Pemilih Tambahan (DPT)Bulan Ogos Tahun 2025 yang dikemas kini sehingga 5 Oktober 2025. Ketua Program Latihan (Akademi Pilihan Raya) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Nik Aminudin Nik Shahar Shah, berkata berdasarkan DPPR itu, mereka yang mencapai umur 18 tahun dan didaftarkan sebagai pemilih selepas Ogos tidak…
Read MoreSesi persekolahan kembali ke Januari
PUTRAJAYA 28 Okt . – Sesi persekolahan kembali semula pada bulan Januari tahun depan susulan susunan kalendar akademik tahun 2026 yang bermula pada 11 dan 12 Januari 2026 mengikut kumpulan negeri. Menurut kalendar akademik tahun 2026, bagi sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan di negeri-negeri Kumpulan A, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, ia akan bermula pada 11 Januari 2026. Bagi negeri Kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula, sesi persekolahan akan bermula sehari selepas itu, iaitu…
Read More