KOTA KINABALU – Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan, Mohd Julpikar Ab Mijan sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah bulan depan. Nama pendidik, aktivis sosial dan tokoh masyarakat dari Semporna itu diumumkan Presidennya, Mohamad Sabu dalam Konvensyen Amanah Negeri Sabah 2025 bertempat di Golden Hotel, Sembulan, di sini. Dalam ucapannya, beliau berkata, PRN kali ini menuntut kesungguhan tinggi dan perancangan strategik daripada setiap peringkat parti bagi memastikan AMANAH berjaya memperoleh kerusi di negeri ini. PRN Sabah nanti memerlukan kesungguhan…
Read MoreDay: October 27, 2025
Sangkal AS jejas kedaulatan Malaysia
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Perjanjian dagangan baharu antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) tidak menjejaskan kedaulatan Malaysia, sebaliknya memperkukuh kerjasama dua hala, kata Duta AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan. Beliau menolak pandangan bahawa klausa timbal balik dalam perjanjian itu boleh menekan Malaysia supaya menyertai sekatan dagangan AS pada masa depan. Pada satu sidang media, beliau menambah bahawa kedua-dua negara sentiasa bersikap terbuka terhadap perbezaan pandangan, namun tetap menghormati kedaulatan masing-masing dalam membuat keputusan bersama. “Saya berpandangan bahawa perjanjian ini sebenarnya melindungi kedaulatan Malaysia dengan menegaskan bahawa Malaysia membuat…
Read MoreVideo aksi Trump menari tarik 21.5 juta tontonan
KUALA LUMPUR 27 Okt . – Video tular yang memaparkan aksi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menari semasa tiba di KLIA semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan menarik lebih 21.5 juta tontonan di pelbagai platform. Menurut Penasihat Trump, Alex Bruesewitz, video itu mempunyai daya tarikan yang kuat sehingga meningkatkan populariti dalam media sosial. “Video yang dirakam oleh @margomartin memaparkan Presiden Trump menari di Malaysia melepasi satu juta tanda suka dalam Instagram @TeamTrump dan meraih 21.5 juta tontonan. Video itu turut menerima 17.1 juta tontonan…
Read MoreMalaysia teruja rai kedatangan Trump?
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Sambutan meriah terhadap Donald Trump di KLIA semalam memberi gambaran seolah-olah Malaysia begitu teruja meraikan kedatangan tokoh yang secara terbuka bersekongkol dengan rejim Zionis Israel melakukan jenayah genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza. Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata, sambutan penuh kemeriahan, keceriaan dan simbolik yang berlebihan itu menimbulkan persoalan besar apakah Malaysia kini menilai maruah diplomatik berdasarkan status tetamu, bukan prinsip kemanusiaan? “Seperti yang saya telah peringatkan di Dewan Rakyat tempoh hari, tidak wajar Trump diberikan sambutan meriah di bumi Malaysia tatkala rakyat Palestin sedang…
Read MorePutra persoal ketelusan perjanjian perdagangan
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mempersoalkan ketelusan perjanjian perdagangan dua hala antara Malaysia dan Amerika yang didakwa dimeterai secara tergesa-gesa. Ketua Penerangannya, Shahrulufti Sharif berkata, tanpa pendedahan dokumen penuh dan semakan audit bebas, perjanjian ini berisiko menjadi alat dominasi ekonomi yang menggadaikan kepentingan industri tempatan dan pekerja Malaysia. Justeru PUTRA dalam satu kenyataan hari ini menuntut agar semua perjanjian yang melibatkan kedaulatan ekonomi negara dinilai semula secara terbuka dan profesional. Dalam pada itu, Putra memandang serius berhubung tindakan kerajaan menyambut Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump,…
Read MoreBerita pilihan….
Amaran Hamas kepada Israel
BAITULMUQADDIS – Hamas memberi kata dua kepada Israel bahawa pasukannya tidak akan meletakkan senjata atau memulangkan mayat tebusan sepenuhnya selagi tentera zionis itu masih beroperasi di dalam Semenanjung Gaza. Dalam kenyataannya, ketua perunding Hamas, Khalil Al-Hayya, berkata isu pelucutan senjata kumpulan itu ‘berkait rapat dengan kewujudan penjajahan dan pencerobohan’. “Sekiranya penjajahan (Israel) berakhir, senjata ini (Hamas) akan diserahkan kepada negara,” katanya sambil menegaskan komitmen Hamas memulangkan baki 13 mayat tebusan, termasuk 10 warga Israel yang diculik semasa serangan 7 Oktober 2023. Antaranya termasuk seorang warga Israel yang hilang sejak 2014,…
Read MoreIsrael mahu terus kawal Gaza
BAITULMUQADDIS – Israel akan terus mengekalkan kawalan keselamatan sepenuhnya di Semenanjung Gaza, walaupun bersetuju dengan gencatan senjata yang diselaraskan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Benjamin Netanyahu. Netanyahu memaklumkan kepada Kabinetnya bahawa Israel yang akan memutuskan bila dan di mana untuk menyerang musuhnya, serta negara yang akan dibenarkan menghantar pasukan keselamatan untuk menguatkuasakan gencatan senjata itu. “Israel adalah negara merdeka. Kami akan mempertahankan diri kami dengan cara kami sendiri dan kami akan terus menentukan nasib kami. Kami tidak meminta persetujuan sesiapa untuk hal ini. Kami mengawal keselamatan kami,” katanya. Menurut terma…
Read More