PRK : SPRM buka dua bilik gerakan

PUTRAJAYA 22 Jun – Orang ramai diminta menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah atau salah guna kuasa di bilik gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undang Negeri (DUN) Sungai Bakap yang dibuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, dua lokasi bilik gerakan itu akan beroperasi 24 jam hingga 6 Julai ini iaitu di SPRM Pulau Pinang, Jalan Sultan Ahmad Shah dan di SPRM Cawangan Seberang Perai.

Langkah itu bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang PRK itu berlangsung.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada prk2024 _npg@sprm.goy.my atau hubungi talian 04-2299262 sambungan 1107.

SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding supaya tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akla Kesalahan Pilihan Raya 1954.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PH, Dr Joohari Ariffin, 60, yang juga bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara dan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail, 56, yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal.

Nnn

Related posts

Leave a Comment