APMM nafi serbu Masjid Rusila

PUTRAJAYA 22 Okt. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pasukan elit agensi itu terbabit latihan di Masjid Rusila, Marang, Terengganu pada 19 September lalu. Ketua Pengarah APMM,  Mohd Rosli Abdullah berkata, tuduhan itu bukan sahaja tidak berasas malah berpotensi menjejaskan imej pasukan keselamatan serta menjatuhkan moral operator pasukan elit negara. “Masjid berkenaan hanya menjadi lokasi beriktikaf dan rehat pelatih selepas menunaikan solat Asar sebelum menerima tugasan seterusnya. Pihak masjid dimaklumkan lebih awal mengenai kehadiran pelatih dan tiada sebarang gangguan terhadap jemaah mahupun aktiviti keagamaan berlaku. Elemen keagamaan…

Read More

Manfaatkan pertemuan dengan Trump

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Malaysia akan memanfaatkan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dijadualkan tiba Ahad ini bagi menghadiri  Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan berlangsung mulai Sabtu ini. Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata pertemuan bersemuka itu menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama strategik antara Malaysia dan AS dalam bidang perdagangan, keselamatan dan kemanusiaan khususnya berhubung isu Gaza. Katanya, dalam usaha memperjuangkan isu Gaza, Malaysia sudah berhubung dengan Mesir, Turkiye dan Arab Saudi bagi memperkukuh usaha membawa suara bersama melalui Liga…

Read More

Haji: Tawaran mulai 24 Okt., rayuan 3 Nov.

KUALA LUMPUR 22 Okt . – Semua bakal dhuyufurrahman Malaysia boleh menyemak dan menjawab tawaran haji melalui laman web rasmi atau aplikasi THiJARI bermula Jumaat, 24 Oktober ini. Menurut Lembaga Tabung Haji (TH), para pendeposit yang telah membuat pendaftaran disarankan untuk membuat semakan dari semasa ke semasa kerana tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat. Bakal Haji diingatkan untuk mencukupkan simpanan di Tabung Haji sekurang-kurangnya kepada RM 15,000 bagi melayakkan diri untuk menerima tawaran haji atau dalam membuat permohonan rayuan haji, selain perlu lulus pemeriksaan kesihatan. Tabung Haji akan membuka Rayuan…

Read More

Diskaun saman trafik sehingga 70 peratus

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Selama dua bulan mulai bulan depan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman trafik sehingga 70 peratus, langkah terakhir sebelum pelaksanaan kaedah baharu pembayaran saman bermula 2026. Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail berkata, sekiranya tawaran ini mendapat sambutan baik, jumlah tunggakan saman trafik yang mencecah RM6.6 bilion dapat dikurangkan. Katanya, selepas tempoh itu, kedua-dua agensi iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PDRM trafik akan menilai semula pendekatan penguatkuasaan terhadap mereka yang masih gagal membuat bayaran. Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Pengangkutan,…

Read More

Takiyuddin ingin tahu SOP latihan ‘serbu masjid’

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Menteri Dalam Negeri diminta menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) jabatan penguatkuasaan kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menjalankan latihan. Takiyuddin Hassan (Pas Kota Bharu) yang meminta penjelasan itu berkata, ia susulan tindakan 10 hingga 15 orang yang menaiki lima kenderaan bertindak menyerbu masuk ke dalam Masjid Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026, beliau memberitahu, kejadian itu berlaku pada pukul 10 pagi, 29 September lalu. “Apabila ditegur oleh orang ramai, mereka menyatakan ‘kami polis’ sebelum bertindak menggeledah dan memasuki ruang…

Read More

Pemberian Khas Persekutuan kepada Sabah

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Kerajaan menunjukkan komitmen berterusan untuk menambah baik kemakmuran Sabah dengan meningkatkan Pemberian Khas Persekutuan kepada negeri itu sebanyak dua kali ganda kepada RM600 juta pada 2025. Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim, berkata peningkatan pemberian itu menjadikannya kadar tertinggi direkodkan setakat ini. Beliau berkata, pembayaran penuh RM600 juta disalurkan pada 10 September lalu hasil persetujuan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah selepas kajian semula dilaksanakan mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Katanya, kadar pemberian khas yang dinaikkan itu adalah bersifat interim, sementara kedua-dua kerajaan sedang merumuskan kaedah baharu…

Read More

Kos haji kekal, TH tanggung bantuan kewangan RM210 juta

KUALA LLUMPUR 22 Okt. – Lembaga Tabung Haji (TH), mengekalkan kos keseluruhan untuk menunaikan haji musim 1447H/2026M pada kadar RM33,300 untuk seorang jemaah Muassasah, sama seperti musim haji yang lalu. Ini bermakna kos untuk menunaikan ibadat haji bagi jemaah Muassaah tidak meningkat bagi tiga tahun berturut-turut walaupun berdepan dengan persekitaran kos di Tanah Suci yang terus meningkat. TH dalam kenyataan turut mengumumkan, bayaran haji untuk semua kumpulan kekal dengan TH bakal menanggung RM210 juta Bantuan Kewangan Haji bagi musim haji 1447H/2026M. Untuk rekod sejak Bantuan Kewangan Haji diperkenalkan pada 2001,…

Read More

Naib Presiden AS yakin gencatan di Gaza

KIRYAT GAT – Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance, yakin gencatan senjata di Gaza akan kekal walaupun wujud kebimbangan di pihak Israel bahawa Hamas mengambil kesempatan untuk menegakkan semula kuasanya. Vance menegaskan Washington tidak akan menetapkan tarikh akhir bagi kumpulan itu untuk melucutkan senjata di bawah perjanjian yang diuruskan oleh AS. Beliau berkata demikian dalam rangka lawatan ke Israel yang bertujuan mengukuhkan sokongan terhadap pelan damai dan rancangan pembangunan semula pasca perang. Kenyataan itu dibuat selepas Presiden AS, Donald Trump, sebelum ini memberi amaran bahawa negara-negara sekutu di rantau…

Read More

Lebih 20,000 pelajar Gaza terbunuh

GAZA – Lebih 20,000 pelajar terbunuh dengan lebih 31,000 cedera sejak perang Israel-Hamas di Gaza pada 7 Oktober 2023, dengan peningkatan kes kematian direkodkan di Tebing Barat yang diduduki. Memetik laporan The International Middle East Media Center (IMEMC), Kementerian Pendidikan Palestin memaklumkan di Gaza, sejumlah 19,910 pelajar dilaporkan terkorban dengan 30,097 mengalami kecederaan. Manakala di Tebing Barat, Kementerian Pendidikan Palestin memaklumkan, 148 pelajar terkorban, 1,042 cedera, manakala 846 lagi berada dalam tahanan Israel. Sementara itu, jumlah kematian dalam kalangan guru dan kakitangan pendidikan adalah 1,037, dengan 4,740 lagi dilaporkan cedera,…

Read More