KPM akan umum langkah tambahan

PUTRAJAYA 20 Okt. – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengumumkan beberapa langkah tambahan dalam masa terdekat bagi menyusun semua mekanisme bagi memperkukuh ekosistem sekolah selamat. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata beliau mengadakan pertemuan dan diberi taklimat bersama pasukan sokongan psikososial yang sedang melaksanakan intervensi krisis bagi membantu warga sekolah yang terjejas selepas beberapa insiden untuk mendukung sokongan kesihatan mental. Menerusi Facebooknya, beliau berkata beberapa perbincangan dengan pasukan KPM turut diadakan terkait usaha tambah baik aspek keselamatan di sekolah dan disiplin anak-anak sebagaimana keputusan jemaah Menteri. “Beberapa insiden yang berlaku lewat ini…

Read More

Rumah Terbuka Deepavali pemimpin

KUALA LUMPUR 20 Okt . – Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa berkunjung ke kediaman Menteri Digital, Gobind Singh Deo sempena sambutan Deepavali hari ini. Dalam hantaran di media sosial, Anwar memaklumkan beliau mengunjungi Gobind bagi bersama meraikan semangat perpaduan dan kebersamaan. “Semoga seluruh penganut Hindu berbahagia di samping keluarga tersayang,” katanya. Turut kelihatan dalam kunjungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail. Sementara itu, Timbalan Presiden MIC M Saravanan menerusi…

Read More

Buli fizikal, mental, emosi tidak boleh diterima

PUTRAJAYA 20 Okt. – Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit, termasuk pihak pentadbiran institusi, pelajar, atau individu yang gagal melindungi keselamatan murid di institusi pendidikan agama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya memandang serius terhadap laporan media berkaitan dakwaan seorang murid perempuan berusia 13 tahun dibuli baru-baru ini. “Saya mengambil maklum laporan dakwaan seorang murid perempuan dari sebuah institusi pendidikan agama di ibu negara yang dipercayai menjadi mangsa buli sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan trauma emosi,” katanya.…

Read More

97 rakyat Palestin terbunuh, 230 cedera

ISTANBUL – Israel didakwa terus melanggar gencatan senjata apabila tenteranya melakukan serangan menyebabkan sekurang-kurangnya 97 rakyat Palestin terbunuh manakala 230 lagi cedera akibat serangan tentera Israel sejak gencatan senjata dikuatkuasakan di Semenanjung Gaza pada 10 Oktober lalu. Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, “tentera pendudukan Israel sudah melakukan 80 pelanggaran yang didokumenkan sejak pengisytiharan gencatan senjata, 10 Oktober lalu termasuk 21 pelanggaran yang direkodkan semalam. Pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, berkenaan termasuk tembakan secara langsung ke arah orang awam, serangan artileri, serangan secara sengaja serta penangkapan orang awam. Tentera Israel…

Read More

Trump label Petro ‘ketua dadah haram’

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melabelkan Presiden Colombia, Gustavo Petro, sebagai ‘ketua dadah haram’ yang menggalakkan pengeluaran dadah secara besar-besaran di seluruh negara. Menerusi platform media sosial miliknya, Truth Social.Trump berkata, tujuan pengeluaran ini adalah untuk menjual sejumlah besar dadah ke AS, yang menyebabkan kematian, kemusnahan dan huru-hara. Susulan itu, beliau mengumumkan mengumumkan semua bentuk bayaran serta subsidi berskala besar kepada negara Amerika Selatan itu akan dihentikan. Colombia antara penerima bantuan terbesar AS di Hemisfera Barat, namun aliran dana itu dihentikan secara mengejut tahun ini selepas penutupan…

Read More