KUALA LUMPUR 16 Okt . – Pergerakan Pemuda UMNO akan menganjurkan satu forum Meja Bulat Pendidikan Nasional dalam menghadapi krisis keyakinan terhadap sistem pendidikan negara yang semakin meruncing termasuk isu disiplin murid. Forum ini akan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), guru, PIBG, ahli akademik, NGO pendidikan serta wakil pelajar bagi merangka solusi komprehensif terhadap krisis ini. Empat teras utama menjadi tumpuan iaitu Memulihkan autoriti dan maruah guru; Menilai semula silibus agar seimbang antara akademik, nilai dan kemahiran hidup; Menangani krisis disiplin dan emosi pelajar serta mencari…
Read MoreDay: October 16, 2025
Kelahiran hidup 2024 terendah sejak 1980
PUTRAJAYA 16 Okt. – Malaysia merekodkan bilangan kelahiran hidup terendah sejak 1980 dengan 414,918 kelahiran pada 2024, berbanding 455,761 kelahiran pada tahun sebelumnya, iaitu menurun sebanyak sembilan peratus. Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Dr Mohd Uzir Mahidin, dalam kenyataan hari ini berkata kelahiran bayi lelaki direkodkan melebihi bayi perempuan, iaitu masing-masing dengan 213,919 dan 200,999. “Penurunan bilangan kelahiran ini telah mengakibatkan kadar kelahiran kasar (CBR) turut merekodkan penurunan daripada 13.6 kelahiran pada 2023 kepada 12.2 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk pada 2024. “Nisbah jantina ketika lahir (SRB) merekodkan penurunan…
Read MoreRogol: Menteri arah ambil tindakan tegas
PUTRAJAYA 16 Okt. – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah diarah menjalankan siasatan dalaman dengan segera dan mengambil hukuman tegas termasuk buang sekolah ke atas mereka yang bersalah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, arahan itu dikeluarkan susulan satu kes rogol membabitkan beberapa pelajar di sebuah sekolah di Baling. Beliau berkata, perhatian utama Kementerian Pendidikan (KPM) ketika ini adalah untuk memastikan mangsa diberi bantuan terbaik dalam menempuh situasi sukar terbabit. “Sewaktu saya sedang menjawab dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pagi tadi, negara dikejutkan lagi dengan pelaporan media mengenai…
Read More6 lebuh raya, 25 jalan utama ditutup
KUALA LUMPUR 16 Okt . – Enam lebuh raya dan 25 jalan utama akan ditutup secara berperingkat mulai 26 hingga 28 Oktober ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Lebuh raya itu adalah Lebuhraya ELITE (KLIA-Putrajaya); Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) (Subang-Jalan Duta); Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE); Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) (Sungai Buloh-Jalan Duta); Lebuhraya Maju (MEX); Lebuhraya KL-Seremban (Sungai Besi-Pusat Bandar). Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata sepanjang persidangan itu, sebanyak 1,111 petugas trafik…
Read MorePRN Sabah 29 Nov. libatkan kos RM116.8 juta
KOTA KINABALU 16 Okt . – Sebanyak RM116.8 juta diperuntukkan untuk melaksanakan urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRN17) yang dijadual pada 29 November depan. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ramlan Harun berkata jumlah itu termasuk untuk pelantikan seramai 33,002 petugas pilihan raya Katanya, seramai 25 Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) dan 196 Penolong RO dilantik bagi mengendalikan proses pilihan raya itu di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau berkata, SPR juga akan menubuhkan 86 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai oleh…
Read MoreBerita pilihan…
Hamas kecam tentera serbu masjid
BAITULMUQADDIS – Hamas mengecam tindakan tentera Israel menyerbu Masjid Al-Hijra di Beit Hanina, Baitulmuqaddis Timur ketika orang ramai sedang menunaikan solat, kelmarin. Ahli Biro Politik Hamas, Haroun Nasser al-Din, berkata tentera Israel menghina masjid dengan memakai kasut di dalamnya dan memaksa jemaah menghentikan solat. Beliau yang juga Ketua Pejabat Hal Ehwal Quds, berkata perbuatan tersebut menunjukkan Israel tidak menghormati piawaian agama dan moral serta gagal mematuhi norma kemanusiaan. Dalam kenyataannya kepada Agensi Berita Yaman, Saba, Nasser al-Din berkata serbuan itu berlaku di tengah-tengah “perang agama berterusan oleh penjajah” dan serangan…
Read MorePengurangan dana ancam bantuan makanan
NEW YORK – Pengurangan dana secara drastik boleh mengancam operasi bantuan makanan di negara krisis seperti Gaza, Sudan dan Yaman, sekali gus berisiko menyebabkan jutaan orang kebuluran. Pengarah Kesiapsiagaan Kecemasan dan Tindak Balas Program Makanan Sedunia (WFP) Ross Smith, berkata kekurangan dana memaksa mereka mengurangkan pek makanan dan menangguhkan pengedaran makanan penting. Katanya, bantuan juga terpaksa dihentikan kepada seluruh populasi di enam kawasan paling terjejas di dunia iaitu Gaza, Sudan, Sudan Selatan, Yaman, Somalia dan Afghanistan. “Di enam negara ini, kita melihat orang ramai terputus sepenuhnya daripada bantuan. Mereka paling…
Read More