Israel mahu capai matlamat perang

BAITULMUQADDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan negaranya akan terus berusaha mencapai semua objektif perang, sempena ulang tahun serangan 7 Oktober di selatan Israel.

“Israel akan terus bertindak bagi mencapai semua matlamat perang — termasuk membebaskan semua tebusan, menghapuskan pemerintahan Hamas dan memastikan Gaza tidak lagi menjadi ancaman kepada Israel,” katanya..

Dalam kenyataannya, Netanyahu menyifatkan dua tahun kebelakangan ini sebagai “perang untuk kewujudan dan masa depan Israel”.

“Kita berada dalam hari-hari penentuan yang penting,” katanya sambil mendakwa, Israel telah “mengubah landskap Asia Barat” dan melemahkan kekuatan kumpulan yang disokong Iran di rantau itu,” katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyentuh mengenai rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung, yang mencadangkan Israel menarik keluar pasukannya dari Gaza dan menamatkan perang secara kekal.

Nnn

Related posts

Leave a Comment