Hajiji yakin gabungan GRS-PH mampu menang

KOTA KINABALU 8 Okt. – Ketua Menteri Sabah,  Hajiji Noor menyifatkan pilihan raya negeri (PRN) kali ini sangat kritikal kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) lebih-lebih lagi dengan pelbagai tekanan dari pihak pembangkang. Bagaimanapun Presiden Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) itu menyatakan keyakinan terhadap kemampuan GRS dan rakan kerjasamanya, Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). Katanya, walaupun banyak cabaran dan dakyah tidak baik dilemparkan pembangkang terhadap kerajaan GRS-PH, jentera gabungan itu dengan sokongan semua pimpinan parti akan memastikan rakyat tidak terpesong. “Kita sudah sedia dengan jentera pilihan…

Read More

BUDI95: Kuota tambahan e-hailing

PUTRAJAYA 8 Okt. – Kerajaan sedang meneliti kaedah pemberian tambahan kuota BUDI MADANI RON95 (BUDI95) lebih tinggi dengan lebih tepat kepada pemandu e-hailing dan p-hailing sepenuh masa yang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjana pendapatan sendiri. Menteri Ekonomi, Amir Hamzah Azizan, berkata kelayakan di bawah program BUDI95 akan ditetapkan berdasarkan data penggunaan kenderaan dan corak perjalanan sebenar yang diperoleh daripada syarikat e-hailing melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). “Insya-Allah, sebelum 15 Oktober ini, semua pemandu e-hailing dan p-hailing yang layak akan menerima manfaat BUDI95,” katanya pada Majlis PeluncuranTinjauan Pendapatan dan Perbelanjaan…

Read More

PM kecam penahanan kapal FFC

KUALA LUMPUR 8 Okt.  – Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Zionis memintas kapal misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG) di perairan antarabangsa. Perdana Menteri menegaskan, tindakan provokatif dan melanggar undang-undang antarabangsa itu mencabuli prinsip asas hak asasi manusia serta maruah kemanusiaan sejagat. Dalam kenyataan menerusi Facebook, beliau menegaskan penahanan kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza adalah tidak berperikemanusiaan dan perlu dihentikan segera. “Saya menuntut agar kesemua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan dengan segera dan diberikan perlindungan sewajarnya dan tidak diapa-apakan sepanjang…

Read More

9 aktivis Malaysia gelombang ketiga FFC ditahan Israel

KUALA LLUMPUR8 Okt.  –  Sembilan rakyat Malaysia kini ditahan oleh tentera Israel apabila kapal yang dinaiki mereka dalam misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) gelombang ketiga ke Gaza dipintas pada pukul 10.50 pagi waktu Malaysia. Lapan aktivis negara yang menaiki kapal Conscience itu terdiri daripada ketua misi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi dan wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil. Turut sama, pensyarah iaitu Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail serta Ahli Lembaga Pemegang…

Read More

Israel mahu capai matlamat perang

BAITULMUQADDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan negaranya akan terus berusaha mencapai semua objektif perang, sempena ulang tahun serangan 7 Oktober di selatan Israel. “Israel akan terus bertindak bagi mencapai semua matlamat perang — termasuk membebaskan semua tebusan, menghapuskan pemerintahan Hamas dan memastikan Gaza tidak lagi menjadi ancaman kepada Israel,” katanya.. Dalam kenyataannya, Netanyahu menyifatkan dua tahun kebelakangan ini sebagai “perang untuk kewujudan dan masa depan Israel”. “Kita berada dalam hari-hari penentuan yang penting,” katanya sambil mendakwa, Israel telah “mengubah landskap Asia Barat” dan melemahkan kekuatan kumpulan yang disokong…

Read More

Tidak percaya Zionis walau sesaat

KAHERAH – Pemimpin kanan Hamas, Khalil al-Hayya mahukan jaminan sebenar Israel mengenai gencatan senjata sambil menegaskan bahawa pihaknya “tidak mempercayai rejim Zionis walau sesaat,” . Menurut laporan, Al Qahera News, saluran berita Mesir yang dikaitkan dengan kerajaan, pemimpin itu mendakwa Israel melanggar dua gencatan senjata sepanjang perang di Gaza. “Sepanjang sejarah, penjajah Israel tidak pernah menunaikan janji, dan kami telah mengalaminya sendiri sebanyak dua kali dalam perang ini,” katanya lagi. Menurut Hamas, kumpulan itu bersedia mencapai persetujuan bagi menamatkan perang secara kekal serta melaksanakan pertukaran segera antara tebusan Israel dan…

Read More