IPOH 5 Okt. – Prinsip ‘penyandang’ akan menjadi panduan pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan pertindihan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata kedua-dua gabungan itu mencapai kata sepakat bagi memastikan PH dan BN tidak bertanding menentang satu sama lain di mana-mana kawasan. Justeru Loke berkata, DAP akan mempertahankan semua enam kerusinya di Sabah dan mungkin bertanding satu atau dua lagi kerusi tambahan selepas rundingan bagi memastikan kemenangan bersama. Katanya, PRN Sabah sekali lagi akan menjadi…
Read MoreDay: October 5, 2025
Putra desak mohon maaf, ulama UMNO minta penjelasan
SEPANG 5 Okt. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menolak kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing yang menafikan dakwaan tetamu Muslim meninggalkan satu majlis makan malam yang menghidangkan alkohol baru-baru ini. Ketua Penerangan Shahrulufti Sharif berkata, kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab dan menunjukkan kegagalan memahami sensitiviti agama dalam negara Islam berperlembagaan. Katanya, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, maka majlis rasmi yang melibatkan agensi kerajaan wajib menghormati prinsip ini. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, kehadiran alkohol dalam acara berprofil tinggi menyinggung umat Islam dan…
Read MorePas mahu Menteri Pelancongan dipecat
SEPANG 5 Okt. – Pas mendesak Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengambil tindakan tegas memecat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing serta-merta bagi memulihkan keyakinan rakyat dan menjaga kehormatan Islam sebagai agama rasmi negara. Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ini bukan kali pertama menteri berkenaan gagal menjaga sensitiviti umat Islam. Menurutnya, alasan yang diberikan bahawa majlis tersebut adalah ‘inisiatif pihak industri dan swasta’ juga adalah tidak masuk akal memandangkan majlis itu dimuat naik dalam laman sesawang rasmi Tourism Malaysia. “Apabila sesuatu majlis telah dimuat naik dalam laman sesawang…
Read MoreWira Putra bidas menteri gemar berperang lidah
SEPANG 5 Okt. – Wira Putra membidas sikap Datuk Seri Tiong King Sing yang lebih gemar berperang lidah daripada memperbetulkan keadaan dalam isu berhubung hidangan minuman beralkohol pada majlis makan malam melibatkan Tourism Malaysia baru-baru ini. Pemangku Ketua Wira Putra, Dr Mohamad Izwan Zainal berkata, penjelasan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu bukan sahaja mempamerkan keangkuhan kuasa, tetapi juga ketakutan terhadap kebenaran. “Tindak balas beliau terhadap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin (yang membangkitkan isu itu) dengan menuduhnya mencari publisiti hanya menyerlahkan mentaliti politik lama yang sombong dan tidak…
Read More23 kerusi DUN mencukupi untuk PH
KOTA KINABALU 5 Okt. – Dua puluh kerusi atau maksimum 23 sudah mencukupi jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperuntukkan sedemikian kepada Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17). Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Mustapha Sakmud, berkata keutamaan pihaknya adalah memastikan tidak ada perselisihan antara parti komponen dalam gabungan disamping menjaga kestabilan politik negara dan negeri ini. “Apa yang penting kita mahu menjaga kestabilan politik negara sebenarnya. Kita tidak mahu dalam konteks negeri Sabah ini, kita akan wujudkan keretakan antara parti-parti komponen. “Jadi itu yang kita mahu…
Read MoreBerita pilihan….
Diperlakuan seperti binatang
ISTANBUL – Aktivis antarabangsa yang mengikuti misi Global Sumud Flotila (GSF) ke Gaza mendakwa mereka diperlakukan dengan ganas dan ‘seperti binatang’ selepas diculik di perairan antarabangsa. Wartawan Itali, Lorenzo D’Agostino, yang menaiki flotila berkenaan bagi membuat liputan misinya, berkata mereka diculik di perairan antarabangsa ketika berada 88 kilometer dari Gaza. “Ia dua hari penuh derita yang kami lalui dalam penjara. Kami kini bebas hasil tekanan masyarakat antarabangsa yang menyokong Palestin,” katanya yang tiba di sini selepas diusir dari Israel. Agostino menyifatkan ketibaan di Pelabuhan Ashdod sebagai penuh permusuhan, dengan kehadiran…
Read MoreKematian rakyat Palestin 67,000 orang
GAZA – Pihak berkuasa kesihatan Gaza melaporkan jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023, kini melebihi 67,000 orang. Dalam satu kenyataan, pihak berkenaan memaklumkan seramai 67,074 orang terbunuh dan 169,430 lagi cedera sejak konflik berkenaan meletus. Manakala dalam tempoh 24 jam lepas, dua kanak-kanak meninggal dunia akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan, menjadikan jumlah kematian yang dikaitkan dengan kekurangan makanan seramai 459 orang, termasuk 154 kanak-kanak. Tentera udara Israel terus melancarkan siri serangan udara besar-besaran ke atas Bandaraya Gaza walaupun sebelum ini…
Read More